KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Kuala Terengganu meraikan warga Tionghua khususnya di Kampung Tiong, Kuala Terengganu dengan kuih bulan yang merupakan perayaan penting bagi kaum Cina


“Saya mewakili kepimpinan PAS Kawasan Kuala Terengganu merakamkan penghargaan khususnya kepada warga Tionghua yang menyambut perayaan itu.
“Kami (PAS) meraikan mereka dengan mengagihkan 500 biji kuih bulan dan mereka sangat gembira, mesra dan habis dalam masa setengah jam sahaja,”ujarnya
Turut sama dalam program agihan kuih bulan itu ialah Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kuala Terengganu, Encik Jefri Chua serta Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu.


Katanya masyarakat Melayu dan Cina di Bandar Kuala Terengganu terutamanya di Kampung Cina saling mengenali antara satu sama lain.
“Saya rasa terharu dan gembira melihat kemesraan dan penerimaan warga Tionghua kepada PAS, meski pun digambarkan melalui media sosial seolah-olah pengundi Cina menolak PAS.
“Isu Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 dan Hudud dicanang supaya orang Cina membenci PAS.
“Ini (persepsi) tidak berlaku di sini (Terengganu) dan kami saling hormat menghormati antara satu sama lain,” jelasnya.


Manakala, Encik Jefri Chua yang mewakili DHPP Kuala Terengganu sentiasa cakna dan prihatin dengan warga Tionghua.
“Perayaan Kuih Bulan ini disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan mengikut kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September.
“Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas masyarakat lampau.
“Apa yang kita (DHPP) harap bukan sekadar kuih bulan yang disukai oleh masyarakat Tionghua tetapi ‘bulan purnama’ penuh yang menjadi simbol PAS untuk membawa keadilan kepada rakyat,” ujarnya.


Seorang warga emas, Tan Ng Hock, 80, amat menghargai pemberian kuih bulan kepada masyarakat Tionghua oleh PAS.
“Kuih Bulan ini adalah salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan ini dibuat dengan adunan manis berinti kacang merah dan kuning telur.
“Tapi, dia (kuih bulan) ada sejarah cerita lama-lama dahulu yang dikaitkan dengan perayaan itu,” jelasnya.



























