Berdikari dengan bekerja secara persendirian begitu juga yang terikat dengan badan-badan kerajaan, separa kerajaan atau swasta. Rakyat juga sudah mulai sedar akan hak memilih peneraju kerajaan yang terbaik buat mereka.
2. Lebih sedekad yang lalu politik peras ugut, tarik bantuan dan dinafikan hak untuk mendapat nikmat kemakmuran negara menjadi fenomena. Orang kampung diugut dengan tidak memberi bantuan baja tanaman dan biasiswa anak-anak sekolah. Pegawai kerajaan bukan sahaja diugut, malah ditukarkan diceruk-ceruk daerah pendalaman kerana kononnya menyokong pembangkang. Kini politik primitif sedemikian masih lagi menebal. Adakah kita sudah maju dari segi pemikiran sehingga sanggup melakukan sedemikian?


4. Fakta yang kami kemukakan di atas bukan tohmahan, tapi inilah hakikat yang sedang berlaku. Antara contoh, satu pertemuan guru guru seluruh Terengganu dengan YAB Dato Seri Ahmad Said sempena penyampaian bantuan perguruan, secara terang-terangan pertemuan bertukar kempen politik. Pengedaran buku-buku propaganda parti juga dibuat. Begitu juga dengan pertemuan khas Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan bersama kakitangannya, secara terus “berkempen” kepartian. Sedangkan pertemuan tersebut adalah urusan rasmi kerajaan.
5. Begitu juga agensi kerajaan negeri dijadikan batu loncatan untuk “berkempen” seperti apa yang dilakukan oleh APMT (Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu). Agensi ini menguruskan kursus-kursus kepada pegawai kerajaan negeri dan persekutuan. Tetapi pengisiannya adalah majoriti kempen parti dan memburukkan pembangkang. Yang menyedihkan terdapat pegawai kanan kerajaan tertentu turut “berkempen” dalam kursus rasmi ini. Bahan propaganda turut diedarkan.
6. Bagi Muslim Professional Network, menganggap kaedah “berkempen” oleh parti dengan menggunakan jentera/agensi kerajaan adalah primitif. Tidak sesuai dengan norma sebuah negara maju.
Dr Wan Jihan Wan Din
Pengerusi
Muslim Profesional Network



























