Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina

4299

伊斯兰党国民团结局农历新年献词

四海兄弟大家好

华人农历新年是华人最重要的节庆。华人农历是以十二生肖每十二年轮替一次, 而每年都轮流以生肖命名该年的年分。2016年的农历新年是属于猴年。农历新年象征着一年的开始, 也象征着新的开始, 新的希望。在新年的除夕, 一家大小将都会回家团聚。屋里屋外都会打扫干净。所有拖欠的债都要追收回来和解决掉, 以让在新的一年没有债务, 福气当然也自然来了。树和柑也象征着福气。

农历新年是华人家庭都会庆祝的节日, 虽然家庭中有不同的宗教背景, 而最重要的是能拉近家庭成员的感情。农历新年是华人社会男女老少都欢庆的大节日, 尤其是那些还没结婚的, 将会收到父母和亲戚以及已结婚的长辈们的红包。

在马来西亚, 华人社会的乡团都会有捞生的仪式, 捞生代表着在新的一年里能风生水起。就如其它的政治团体, 伊斯兰党也透过国民团结局, 呼吁马来西亚人民不分种族的欢庆这个节日, 相信能让国民间更加友善和团结。

让我们一起来互相认识,互相尊重和互相帮忙, 来为我们周围的人带来好处, 就如古兰经里第49章13节中说道:
众人啊!我确已从一男一女创造你们, 我使你们成为许多民族和宗族, 以使你们互相认识。在真主看来, 你们中最尊贵者, 是你们中最敬畏者。真主是全知的, 确是彻知的。

最后, 我在此祝福大家
新年快乐
心想事成
万事如意

也希望大家能做出
万事由好的开始
造福大家

伊斯兰党国民团结局主席
娜芝哈 医生

Naga - PasPerutusan Tahun Baru Cina Lujnah Perpaduan Nasional
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Salam sejahtera dan salam persaudaraan untuk semua:

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Pada tahun 2016 ini adalah merupakan tahun Monyet.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan rezeki dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah dan halaman rumah akan dibersihkan. Segala jenis hutang-piutang dikutip atau diselesaikan agar kehidupan mereka dimurahkan rezeki tanpa hutang sepanjang tahun yang baru. Pokok dan buah limau sebagai simbol murah rezeki.

Perayaan ini tetap disambut oleh sesebuah keluarga Cina walaupun dalam keluarga tersebut mempunyai ahli keluarga yang berlainan kepercayaan agama. Yang penting adalah hubungan kekeluargaan yang perlu dirapatkan.

Tahun Baru Cina disambut dengan gembira oleh semua lapisan masyarakat tidak kira yang muda atau tua dan terutama oleh mereka yang belum berkahwin kerana pada masa ini mereka akan menerima “Ang Pow” daripada ibu bapa, sanak saudara dan rakan-rakan yang telah berkahwin.

Di Malaysia, masyarakat Cina akan menikmati hidangan “Yee Sang” yang melambangkan usia yang panjang pada malam tahun baru dan sering juga dihidangkan dalam majlis-majlis keraian oleh mana-mana pertubuhan sempena Tahun Baru Cina.

Seperti juga pertubuhan politik yang lain, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui Lujnah Perpaduan Nasionalnya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa sekalipun untuk sama–sama meraikan perayaan ini dalam konteks menjaga keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

Marilah kita sama-sama saling kenal-mengenali, hormat-menghormati dan bantu membantu dalam memberikan kebaikan untuk ahli-ahli masyarakat di sekeliling kita sepertimana yang diperintahkan oleh Allah dalam firmanNya dalam surah Al Hujurat ayat13; yang bermaksud: ‘Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.’

Akhir kata:
Selamat Tahun Baru Cina. Semoga tahun yang mendatang dimurahkan rezeki dan terus melakukan kebaikan untuk semua.

Daripada:
Dr Hjh Najihatussalehah bt Ahmad,
Pengerusi,
Lujnah Perpaduan Nasional,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS).