Oleh : SM Noor
‘Palu Nomoni’ adalah adat budaya yang baru saja dijadikan acara tahunan oleh Walikota (Datuk Bandar) Arif Hidayat dengan sambutannya pada tahun ini, merupakan kali ketiga ia diadakannya.
Menurut seorang pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Muhammadiyah di Palu, pesta besar-besaran yang kemuncaknya berlangsung di kawasan sekitar Jambatan Kuning yang menjadi ikon kota Palu.
Kawasan pantai Talise itu merupakan kawasan tumpuan orang ramai yang berkunjung, terutamanya menjadi tempat lepak kepada bagi anak-anak.
Kata Dr. Ida (bukan nama sebenar) sambutan Palu Nomoni adalah acara yang penuh nilai syirik dan zalim.
“Dengan adanya sajian makanan dan binatang yang disembelih bukan dengan nama Allah…..dibuang ke laut, dengan harapan ia bisa membawa sesuatu faedah kepada manusia,

“Pada tahun lalu kalau tidak salah, kambing hidup lalu ditombak, setelah itu dipenggal, tahun ini dimaklumkan seekor kerbau,” katanya ketika ditemui di lapangan terbang Makassar.
Walaupun kata beliau, terdapat bantahan daripada tokoh-tokoh agama dan adat, agar pemerintah tidak melakukan demikian, namun Arif tidak peduli.
Bahkan rata-rata warga Palu juga menolak kerana sedar penganjuran pesta khurafat itu bakal mengundang ‘murka Allah’.
Namun Pak Walikota yang sesetengah penduduk menggelarnya sebagai ‘pemuja syaitan’ tetap meneruskannya.
“Rakyat habis marah……rumahnya (walikota) dibaling batu dan dilempar ‘benzin’ (minyak petrol,” ujar seorang kakitangan kerajaan, Suraya Nasir.

Pada tahun lalu, pada waktu acara sedang berlangsung, hujan lebat turun mencurah-curah dan angin bertiup kencang.
Justeru, keangkuhan manusia, pada tahun ketiga penganjuran acara syirik telah mengundang bencana yang paling parah dan menjadi sejarah.
Bukan sahaja gempa bumi melanda, bahkan tsunami membadai bahagian pantai kota dan paling tragis serta misteri ialah kejadian ngeri lumpur dan tanah menelan manusia dan rumah.
Menjelang maghrib 26 September lalu, setelah digegar gempa, saat akan dirasmikan Palu Nomoni, terjadilah tsunami sedang tika itu, ribuan orang berkumpul di pantai Talise.
Sehingga hari ini, angka korban gempa bumi berukuran 7.7 pada skala ritcher itu, semakin menokok sehingga 1,700 orang.

Namun soal seorang pemandu yang sering berulang alik Makassar – Palu, Pak Upang Amad, dimana angka kematian penduduk Betobo?
“Saya pergi lihat dan orang kampung cerita, lebih 1,000 rumah ada di situ sebelum kejadian, sekarang…..rumah pun tak kelihatan,
“Kalau satu rumah ada dua anak campur ibu dan bapa, jumlah lebih kurang 4,000 orang, tak termasuk korban di Pantai Talise dan lain-lain kampung,” kata beliau.
Suraya pula dengan sedih berkata, “ada kawan sepejabatnya, tidak muncul-muncuul sejak gempa bumi terjadi,
“(Dan) dia serta keluarganya tinggal di kampung itu,” jelasnya, yang turut menjadi pelarian.










