Orang Ramai Diseru Hadir Program Sambutan Kemerdekaan

3542
ADUN Alor Limbat, YB Ariffin Deraman

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Orang ramai diseru menghadiri program sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri Terengganu yang bermula pada petang ini di Taman Shah Bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Ustaz Ariffin Deraman berkata, pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke – 61 itu.

“Program malam ambang merdeka bermula daripada lepas asar lagi dan pelbagai program diadakan,

“Kemudian pada 11 malam ada perasmian yang akan dibuat oleh Menteri Besar Terengganu,

“dan kemuncak 31 ogos kita ada perarakan serta perbarisan bermula daripada Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sehingga ke Pantai Batu Buruk,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata demikian ketika ditemui pihak media di Wisma Darul Iman pada semalam, Rabu, 29 Ogos.

Sehubungan dengan itu katanya, persiapan bagi menyambut hari kemerdekaan lebih sebulan yang melibatkan promosi, publisiti, cara keagamaan dan sukan.

“kita ada program sukan yang sebahagiaan telah berjalan sehinggalah kepada 16 september ini,

“Kemudian kempen kibar jalur gemilang dua minggu lepas kita buat di Wisma Darul Iman, kemudian kita ada pelbagai program yang acara sambutan peringkat daerah dan kampung diseluruh negeri,” jelas beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan h\Hari Kemerdekaan Negeri Terengganu 2018.

Menurutnya, pada malam ambang merdeka pendakwah bebas yang terkenal Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ir Haji Abdullah Khairi dan Ustaz ‘Bollywood’ Haslin Baharin akan bersama-sama ‘menggegar pentas’ sebelum majlis perasmian oleh Dr Samsuri Mokhtar.