Orang beriman wajib menentang pemimpin yang menyeleweng

768

Katanya, ciri-ciri pemimpin yang menyeleweng berdasarkan hadis Nabi SAW adalah, mereka bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang diperkatakan, dan mereka melaksanakan perkara-perkara yang tidak disuruh oleh Allah.

“Mereka bercakap perkara yang mereka tidak buat, dan apabila mereka buat mereka buat perkara yang tidak diperintahkan oleh Allah SWT,

“barang siapa yang berjihad menentang mereka adalah terdiri daripada golongan orang-orang yang beriman,”ujarnya.

[Gambar – sebahagian peserta serius menjalani latihan jasmani dalam program Mkhaiyyam Qiadi Pemuda Kuala Nerus yang berakhir hari ini, Sabtu 31 Disember]

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Pekan Jabi disini sempena program Mukhaiyyan Qiyadi PRU-13, Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus .

Seramai 100 orang yang terdiri dari ahli-ahli Jawatankuasa  Pemuda DUN-DUN dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus telah berhimpun selama dua hari satu malam di Lata Belatan dekat sini.

Ustaz Ridzuan yang ditemui selepas menyampaikan khutbah berkata, objektif program Mukhaiyyam itu adalah sebagai persiapan mental dan fizikal terakhir kepimpinan pemuda PAS bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Minggu lalu, Setiausaha Agung  PAS, Dato’ Haji Mustafa Ali menjangkakan PRU-13 akan diadakan pada bulan Mac 2012.

Manakala beberapa akhbar arus perdana turut meramalkan, pembubaran parlimen akan berlaku sekitar pertengahan Februari akan datang.

Justeru, menurut Ustaz Ridzuan yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, ia adalah masa yang paling sesuai bagi memberikan input dan motivasi kepada pemimpim pemuda sebelum menempuh pilihanraya yang dianggap oleh banyak pihak sebagai pilihanraya yang paling ‘sengit’ dalam sejarah Negara.