Ekoran daripada pelbagai spekulasi termasuk ancaman rampasan pesawat yang tidak boleh diketepikan, saya menyarankan kepada kerajaan Malaysia untuk mengoptimumkan peranan Komuniti Politik – Keselamatan ASEAN dalam membantu menjejaki dan menyelamat kesemua anak kapal dan penumpang pesawat MH 370.
Ini adalah masa yang terbaik untuk Malaysia membentuk kerjasama dan meniup semangat setiakawan ASEAN yang menjurus kepada konsep ‘operationalized security cooperation’ dikalangan negara anggota. Setakat ini tidak semua anggota negara ASEAN turut bersama dalam operasi ini.


Kemungkinan untuk mendapatkan kerjasama semua negara anggota ASEAN itu ada memandangkan Malaysia telah mendapat sokongan untuk menjadi calon wakil tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2015 – 2016.
Nasrudin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh
AJK PAS Pusat




























