‘Ops Ombak’ Amal Setiu Mendapat Pujian

1641

SETIU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata seramai seramai 20 anggota Unit Amal telah didaftarkan dan berada dibawah rekod bilik operasi yang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

ADun Tepoh SR SetiuKatanya, beliau hadir untuk melihat dengan ‘mata kepala’nya sendiri khidmat yang diberikan oleh Jabatan Amal itu dalam menaburkan bakti kepada masyarakat.

“saya datang untuk menyaksikan usaha-usaha dilakukan oleh Jabatan Amal Terengganu, khususnya yang diwakili oleh Jabatan Amal Setiu dan juga Dewan Pemuda Kawasan Setiu, yang turut terlibat dalam membantu operasi mencari mangsa lemas (Pantai) Rhu 10,

“mengikut maklumat yang saya terima seramai 20 anggota Amal mendaftarkan diri dan berada dibawah rekod bilik operasi yang dikelolkan oleh Jabatan Bomba Malaysia,”ujarnya.

skuad Amal Ops Ombak SR Setiu1Oleh itu, beliau amat mengalu-alukan usaha disusun, dan menucapkan syukur kepada Allah kerana mangsa lemas yang pertama telah pun dijumpai.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berdoa, segala usaha yang dibuat dipermudahkan Allah dan seorang lagi mangsa lemas dapat ditemui dalam tempoh yang terdekat.

Beliau yang sebelumnya melawat bilik operasi Bomba dan Penyelamat di lokasi tersebut berkata, maklum balas yang diterima adalah baik.

“pihak Bomba juga merakamkan ucapan terima kasih diatas usaha yang telah dicurahkan oleh pihak Jabatan Amal, mungkin dalam beberapa aspek hanyalah daripada sudut prosedur dan juga SOP yang telah diterapkan oleh pihak Bomba yang perlu untuk kita patuhi dan raikan bersama,

IMG_20151223_104128“walau bagaimana pun secara keseluruhan mereka berpuas hati dan ucapan terima kasih diatas usaha bersama yang telah dilakukan,”jelasnya.

Sehubungan itu ‘Ops Ombak’ yang dilancarkan Unit Amal di Pantai Rhu 10 sejak Isnin 21 Disember bagi usaha mengesan , mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa lemas diteruskan .

Ketua Operasinya Mohd Fahmi Izzuddin Hashim, Mohd Wafiq bin Mohd Nor, 17, masih belum di temui dan usaha di teruskan pada waktu malam melalui rondaan jalan kaki di pesisir pantai.

“dengan kekuatan seramai 18 orang anggota……….. rondaan di jalankan di persisir pantai sejauh 6 km dalam usaha mengesan mangsa yang mungkin terdampar di tepi pantai.

IMG_20151223_104858“ini adalah usaha kita untuk mengesan mangsa di waktu malam dengan di pecah kepada dua kumpulan dan akan di bantu oleh 5 orang anggota bomba,”ujarnya.

Operasi yang bermula pukul 10 malam di tamatkan pada pukul 1 pagi tanpa sebarang petunjuk di temui dan akan di sambung pada pukul 9 pagi, Rabu 23 Disember.

https://youtu.be/vGLi0n6A4lw