Cuaca yang semakin baik walaupun hujan masih turun sekali sekala serta air banjir yang telah surut di sebahagian besar lokasi terjejas banjir membolehkan operasi banjir memasuki fasa seterusnya.
Petugas Khidmat Malaysia Terengganu dari pelbagai cabang dan unit seperti Jabatan Amal, Papisma, Briged Muslimat, Ameerah, Keselamatan, Kelab 4×4, Yayasan Amal Malaysia dan lain-lain lagi mula turun ke lokasi bagi tujuan pembersihan dan pemulihan.


Agihan bantuan keperluan harian seperti makanan dan alatan penjagaan diri masih dilakukan memandangkan sebahagian besar kawasan terjejas adalah lokasi pendalaman di mana penduduknya memerlukan sedikit masa untuk menjalani kehidupan normal mereka terutama penoreh getah dan pekebun kecil.
Kumpulan Aktivis Media Independen ( KAMI) Terengganu mengambil inisiatif mengadakan program Dapur Rakyat KAMI di Kg Kepah, Telemong bagi mengagihkan makanan siap masak kepada mangsa banjir.
Dr Azman Ibrahim
Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu.
6/1/2017
11:15 am





























