Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) amat memandang berat kesusahan hidup rakyat yg menanggung kos sara hidup yg tinggi dan keputusan kerajaan me laksanakan cukai GST yg tidak kena pada masanya sehingga akan menambahkan lagi tekanan hidup kepada rakyat.
Kos Sara Hidup yg meningkat bukanlah sesuatu yg terjadi tanpa sebab dan puncanya. Ia berkait kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yg menjadi keperluan semua.
Ia juga berkait kegagalan kerajaan meningkatkan pendapatan rakyat agar sepadan dgn kos sara hidup. Malah kadar pengangguran juga membimbangkan.
Ia juga berkait dgn nilai benar matawang ringgit yg berterusan menyusut berbanding negara2 jiran. Keadaan hutang negara dan keseluruhannya pengurusan ekonomi negara yg lemah. Perbelanjaan yg boros dan bolos.
Cukai GST dlm konteks realiti Malaysia disahkan kebanyakan pakar ekonomi dan percukaian sbg bersifat regressive yg lebih memberi tekanan kpd kelompok rakyat yg berpendapatan rendah atau sederhana.
Kesemua punca ini berkaitan dgn keputusan2 dan dasar2 urusan pentadbiran negara yg dibuat oleh mereka yg diberi amanah memimpin negara.


Perhimpunan menyatakan sikap seperti yg pernah berlaku melalui BERSIH1, 2 dan 3 terbukti mampu menggoncang pemimpin2 negara agar lebih menghormati suara rakyat.
Keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan kelmarin telah mengesahkan hak rakyat untuk berhimpun secara aman.
Untuk itu, saya seru kepada semua, jadilah sebahagian dari matarantai perjuangan membela rakyat dgn sama2 berikan tekanan kpd pemimpin2 negara agar berubah. Jangan merasa selesa bergoyang kaki di rumah di saat sebahagian dari kita berkorban memperjuangkan nasib anda juga.
Semua mesti berada di Dataran Merdeka pada pukul 2 hingga 5 petang, Khamis 1hb May 2014. GANTI bersama-sama juga lain-lain NGO akan turut serta dalam PERHIMPUNAN BANTAHAN KOS SARA HIDUP DAN GST pada 1 hb Mei 2014 bertempat di Dataran Merdeka jam 2 hingga 5 petang.
Berhimpun lah secara aman, jagalah akhlak dan tingkah laku. Ikuti panduan2 yg diberitahu oleh petugas dan pemimpin perhimpunan.
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )
GANTI TUNTUT PERUBAHAN



























