Nizar Menang !

959


Ketika ditemui dalam sidang media, Nizar berkata, pihaknya akan meminta agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/04/IMG_1876.jpg“Kita boleh memperoleh majoriti besar,” katanya

Majoriti PAS dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang kali ini meningkat kepada 2,789 undi berbanding 1,566 undi yang diraih oleh calon PAS Haji Ruslan Saharum pada Mac 2008


Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan tersebut.

“Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan,” katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Keputusan diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Berita Sebelumnya

Bukit Gantang – Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaludin Sedang menuju ke majlis Perbandaran Taiping (MPT) Untuk diisytiharkankan sebagai pemenang kepada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang

Sementara itu, di Markaz PAS Air Kuning ahli-ahli dan penyokong pakatan rakyat telah menjulang Nizar sebagai juara sebelum melepaskan beliau untuk ke MPT.

Di luar, jalan raya berhadapan markaz tersebut sibuk dengan kenderaan-kenderaan para penyokong berbagai kaum menyebabkan ia sesak berkilometer.

Bunyi hon kenderaan dan laungan takbir silih berganti menyambut kemenangan tokoh pejuang yang diharap-harapkan dapat membawa suara rakyat ke parlimen

Keputusan rasmi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, PAS memperolehi 20,929 undi manakala UMNO/BN 17,646 dan bebas mendapat 60 undi.

Nizar yang mewakili Pakatan Rakyat menang dengan majoriti 3283

Klik Sini Lihat Foto Slide