Terengganu, Malaysia

NGO Islam Di Gesa Bersatu Menentang Penghinaan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/anti%20muslim%20video%20demo%20egypt.jpg

Bagi seorang muslim, isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam.

Video ini telah menghina baginda Nabi shallahu ‘alaihi wasallam dengan perwatakan sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat  radhiyallahu ‘anhu ajma’in.

Antara skrip yang digunakan di dalam video ini adalah ;
“My age has exceeded 120 years and the all my young life, I have not seen such a murderers against Muhammad.He kills men, captures women and children…”

Kemudiannya wanita tua itu diseksa dengan cara yang sungguh mengaibkan dan sangat bertentangan dengan syariat Islam dan juga peribadi Nabi

Justeru, umat Islam telah membantah paparan video seperti ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan meyebabkan kemarahan umat islam seluruh dunia termasuk apa yang telah berlaku demostrasi di Libya dan Mesir[Gambar]

Sehubungan itu, Exco Persatuan Perubatan Malaysia Dr Suhazeli Abdullah kesal dengan tindakan Wisma Putra yang belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengutuk penghinaan ke atas Islam itu.

Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh sepatutnya mendahului Negara-negara umat Islam lain

“Sebagai sebuah negara Islam sebagaimana yg diisytiharkan oleh perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak Malaysia seharusnya menjadi teladan kepada umat Islam seluruh dunia,

“insiden menghina nabi Agung Muhammad SAW mesti dihentilkan samasekali,” kata Dr Suhazeli ketika di hubungi lewat petang ini.

Beliau yang juga mantan Presiden Papisma sebuah badan bukan kerajaan (NGO), menggesa semua NGO-NGO Islam bergabung bagi membantah tindakan yang keterlaluan itu.

Justeru, Dr Suhazeli meminta agar seluruh umat Islam supaya bermunajat kepada Allah SWT supaya memberikan kekuatan dan menunjukkan kebenaran yang hakiki

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan