Nga Kor Ming Perlu Minta Maaf, Demo Pemuda Umno Tidak Sepatutnya Diadakan

1184

KUALA TERENGGANU – Pemimpin politik sepatutnya peka dengan persekitaran negara Malaysia kita yang berbilang kaum dan ugama.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, apatah lagi sesuatu komen yang ditujukan kepada masyarakat Melayu yang menjadi majoriti dan Islam yang menjadi ugama rasmi negara.

“sepatutnya mereka peka………bukan hanya dengan nilai-nilai bangsa masing-masing tetapi juga ugama yang menjadi sensitiviti masing-masing,

“kita rasa persendaan ‘duit raya dianggap rasuah’……..kita rasa perkara seperti ini melibatkan sensitiviti orang Melayu dan muslim,”ujarnya.

IMG_20160714_065408Beliau berkata demikian ketika diminta pihak mengulas isu membabitlan Ahli Parlimen (DAP) Taiping, Nga Kor Ming, pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, disini semalam Rabu 13 Julai.

Lebih teruk lagi, kata ADUN Paka itu, pemberian ‘duit raya’ adalah merupakan sedekah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“beliau sepatutnya minta maaflah……….mudah sahaja! Jadi bila (dia) berkeras menganggap ia sebagai gurauan dan sebagainya,

“(perkara) melibatkan ugama serta kepercayaan ini, tidak sewajarnya melibatkan (menjadi satu bahan) gurauan,”jelasnya.

Beliau menegaskan, PAS juga tidak bersetuju dengan tindakan Pemuda Umno yang mengadakan ‘protes’ dan berdemonstrasi di hadapan pejabat DAP, kerana ia boleh menyemarakkan ketegangan.

“tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu kita pun tak setuju. (Negara) kita ada peraturan dan undang-undang, (tidak perlu perlu berlaku) pertengkaran, berbalahan yang boleh membawa ketegangan (pula) antara kaum dan ugama,

“kita rasa perkara seperti ini patut dielakkan,”tegas beliau.

Beliau berkata, sepatutnya pihak terbabit menyerahkan kepada pihak polis, untuk melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan yang sedia ada.

https://youtu.be/zp5ccWmbgMk