Nelayan Masih Miskin, Terpinggir Daripada Projek Kerajaan

2413

Oleh : ZM

KUALA NERUS – Kehidupan nelayan secara umumnya masih diselimuti kemiskinan walaupun negara sudah 60 tahun  merdeka dan ratusan juta dibelanjakan kerajaan, dikaitkan dengan usaha untuk meningkatkan pendapatan nelayan.

Mazrol bin Muhamad, 42, tinggal di Pulau Duyong Kecil mengeluh, kerana menurutnya, hidup beliau masih bak kata pepatah “kais pagi, makan pagi dan kais petang makan, petang.

“sudah lebih daripada 20 tahun saya berkerja sebagai nelayan di pulau ini………pendapatan saya hanya bergantung kepada kerja ‘ke laut’,

“nilai hasil yang diperolehi semakin kurang, tak lebih RM 2000.00 sebulan,” ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, itu kalau cuaca baik dan sekiranya musim tengkujuh, beliau sekeluarga kehilangan sumber.

“Pendapatan kami tak menentu………sebenarnya memberi masaalah kepada kami, dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi,

“dengan kenaikan harga barangan keperluan harian, selepas dikenakan cukai GST,” ujar kawan ‘sepencariannya’,” Abd. Majid bin Abd Rahman.

Bayangkahlah, kata Abdul Majid, beliau terpaksa membayar sewa kediaman RM 300.00 sebulan, belanja makan minum rumah dan perbelanjaan persekolahan anak-anak lagi.

“ini cukup membebankan kami golongan nelayan yang miskin,” ujar beliau lagi .

Apabila ditanya tentang projek ‘Monsoon Cup’ yang didakwa kerajaan adalah untuk mengurangkan kemiskinan mereka, Mazro hanya tersenyum tawar.

Menurutnya, projek ratusan juta itu sebenarnya tidak memberi sedikit pun kesan kepada golongan nelayan di pulau itu.

“tak ada apa……….sudah berlalu banyak tahun, tapi kami masih macam ni, tak ada faedah yang kami dapat, pendapatan tak berubah,” jelas mereka.

Beliau dan rakan-rakan nelayan mengakui, tidak pernah mengetahui tentang projek Akuapolitan yang disebut-sebut oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

“Kami kaum nelayan di Pulau Duyong ini tidak pernah dengar pun perkataan ‘Akuapolitan’ dan tidak tahu langsung tentang perojek ini ,” tegas beliau.