Nelayan Asing Dah Jadi ‘Samseng’

863

KUALA TETENGGANU – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi terbabit perlu mengambil tindakan ‘keras’ terhadap ‘pencerobohan nelayan’ yang kini berleluasa dan mengancam nyawa nelayan tempatan.

Pelbagai taktik yang digunakan oleh nelayan asing, bukan sahaja mengaut keuntungan dari perairan negara, bahkan mereka ‘besar kepala’ dan berani mengambil tindakan ‘bersifat jenayah’ apabila para nelayan cuba menegur perbiatan mereka

Menurut Hamidi, seorang nelayan yang berasal dari Kampung Pulau Rusa dekat sini, satu kejadian yang dialami beliau berlaku pada kira-kira sebulan yang lalu.

“berlaku lebih kurang sebulan lepas, berlaku di (kawasan) 79 batu nautika (dari Kuala Terenggsnu), saya mula-mula marah dia, (ketana dia) tunda bubu saya.

“Tiba-tiba dia keluar daripada bot tu, dia lontar besi kepada saya. Saya empat orang, dia tiga orang. Dia dua buah bot, tunda dua, (Jadi) Kita lari saja. Takut. Kejadian tu banyak kali dah. Kita lari lah. Takut…….(berlaku kejadian tak diingini),”jelasnya.

Hamidi [gambar atas] yang telah menjadi nelayan sejak dua puluh tahun yang lalu berkata, belisu tidak pernah mrngalami kejadi seumpama itu sebelum ini.

Beliau mendakwa, nelayan asing tersebut bot-bot terpakai dari negara Vietnam yang dibeli oleh rakyat tempatan dan memiliki lesen bot negara ini.

jenggoSelain itu, katanya, ada juga nelayan asing yang menyamar, bot asing yang menyerupai bot tempatan.

“bot terpalai Vietnam, tokey rakyat tempatan, lesen tempatan……….(tetspi) ada yang menyamar macam bot kita. Lesen saja tak ada. Kemudi, nombor letak, tapi tak ada lessen. Klon saja,”katanya yakin.

Seorang lagi nelayan yang menjadi ahli Persatuan Nelayan Kuala Tetengganu, menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap nelayan asing yang dianggapnya sudah menjadi ‘samseng’.

Ghazali Embong, 50, [Gambar kiri]  berkata, beliau bimbang akan berlaku pergaduhan sekiranya nelayan tempatan tidak lagi dapat menahan sabar.

“Ini kawasan kita……..Jadi kalau kita suruh dia lari, dia buat tak peduli saja. Lepas itu, dia marah kita balik, dia ancam kita lah, pukul kita lah, apa lah. Maksudnya banyak ancaman lah. Jadi nelayan-nelayan ni takut lah.

“Satu lagi saya takut (bimbang) ada (nelayan tempatan) yang tak puas hati, ambil tindakan yang mungkin tercetus pergaduhan,”tegas beliau.