MARANG – Walaupun Nadwah Pemerkasaan Dua’at 2.0 (Nekad 2.0) yang diadakan di Dewan Tok Guru, Rusila di sini, semalam 18 Oktober, menyasarkan sekitar 1,200 orang pesrta namun kehadirannya melebihi jumlah 1, 700 orang.
Menurut Naib Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, himpunan para dua’at dalam PAS itu bertujuan menghimpunkan tenaga-tenaga pendakwah dikalangan para ustaz, tenaga pengajar dan ahli-ahli PAS yang bergerak ‘di barisan depan’.


“keseluruhannya saya fikir kali pertama (dulu) dan kali kedua (hari ini) adalah amat berjaya,”kata beliau ketika berkata pada sidang media selepas Majlis Perasmian Nekad 2.0.
Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Lujnah Dakwah PAS Pusat menggariskan, seorang pendakwah perlu tegas menyampaikan Islam kepada orang ramai.
Namun katanya, penegasan perkara-perkara ‘cabang’ tidak akan memberikan kesan dakwah yang disampaikan oleh seseorang Da’ie.
“tegas (itu) wajib….tegas pada prinsip….tapi jangan tegas dalam perkara ‘furuk’ (cabang) sebab ia perkara yang boleh diberikan pendapat, dari segi prinsip tak apa (jika bertegas),
“dalam konteks berdakwah kita tidak perlu berkasar kerana al-Quran sendiri mengajar kita demikian, Cuma kadang-kadang orang kita keliru antara setengah-setengah orang tu di cakap kuat……..,
“cakap kuat bukan kasar, mungkin ‘style’ (cara) dia begitu…..tapi ‘approach’ (kaedah) dakwah mestilah menarik,”jelasnya.
http://youtu.be/caRyNm-0Tm8
Untuk meningkatkan tahap dan tarikan kaedah berdakwah itulah, kata beliau, Lujnah Dakwah menganjurkan Nekad secara bersiri.
Katanya, Nekad 3.0 akan diadakan pada 1hb November di negeri Kedah dan Nekad 4.0 akan di adakan di Johor Bharu pada 22hb November depan, dilaksanakan menurut pembahagian zon.





























