Tekanan kenaikan kos sara hidup menekan kehidupan rakyat. Ini turut dirasai oleh masyarakat penjaja, pasar-pasar malam, gerai gerai di tepian jalan.
Pengangguran dan tak cukup pendapatan dari gaji bulanan pekerjaan swasta atau awam bagi menampung keperluan keluarga. Maka ramai berjinak-jinak berniaga jualan gerai. Jadi penjaja jalanan atau pasar malam. Ada yg bawa anak-anak kecil bersama demi mencari rezeki yang halal.
Dalam keadaan ini kerajaan yg prihatin dan merakyatkan pentadbiran janganlah tambahkan tekanan dengan gaya penguatkuasan peraturan yg bersifat zalim, biadap dan mendera rakyat yang mencari rezeki. Mereka bukan orang asing. Rakyat kita sesama bangsa seagama. Mana dia Terengganu tiada halangan hanyalah peluang jika itu hanya untuk elit kontraktor yg jadi kroni ahli politik UMNO sahaja? Manakala rakyat marhaen seolah2 ditutup peluang dan sentiasa dihalang-halang.
Peraturan dan kawalan adalah perlu, baik dan bagus untuk maslahah awam seperti kebersihan, pemandangan yang indah, kesihatan, kawalan syariah, kesihatan.
Tapi perlaksanaan boleh dipermudahkan dengan pendekatan mesra rakyat, membantu. Bukannya membantut usaha marhaen mencari rezeki.
Antara yang disebut adalah kerana tak mahu sampah bersepah sekitar penjaja berniaga.
Isu sampah yg dimaksudkan adalah sampah yg dibuang oleh pengunjung yang membeli dari gerai-gerai penjaja. Bukan sampah yang dibuang oleh penjaja.
Ini boleh selesai dgn jalan perundingan atau aturkan kutipan “yuran” kebersihan dari penjaja untuk membayar kos upah tukang bersihkan tempat sekitar jajaan.
MBKT boleh naikkan papan-papan iklan kebersihan dan amaran larangan buang sampah merata-rata. Tempatkan penguatkuasa untuk larangan buang sampah. Pastikan tong sampah mencukupi.
Penjaja disaran berunding secara kolektif dgn MBKT. Ambil tanggungjawab secara kolektif. Kesalahan langgar janji oleh seorang kena dipikul beban oleh semua.
Yayasan Pembangunan Usahawan dgn kerjasama MBKT boleh edarkan risalah maklumat berguna amalan perniagaan dan penjaja yang baik untuk kemakmuran perniagaan dan penuhi kepentingan bandaraya dalam masa yg sama.
Mungkin MBKT boleh seragamkan bentuk gerai yang moden, menarik dengan peruntukan tertentu disalur bersama agensi-agensi kerajaan yg bertanggungjawab bantu usahawan.
Berikan risalah etika berniaga. Aspek kebersihan, kesihatan, keterampilan gerai, budibahasa penjaja yang jadi ciri Terengganu yg tinggi nilai budaya, keterampilan penjaja supaya berpakaian senonoh, kemas dan munasabah, tutup aurat. Tak perlu lah sampai pakai uniform.
Penjaja, pasar malam dan gerai jualan tepi jalan jangan sesekali dilihat liabiliti kepada proses urbanisasi.
Tetapi lihatlah sebagai opportuniti yang boleh harmoni dengan urbanisasi yg membentuk persekitaran, gaya hidup yang menarik, kepelbagaian yang boleh jadi tarikan seperti dibuat di negara-negara maju.
Hentian-hentian bas yang banyak seluruh negeri bukankah sudah tiba masa di perkenal reka bentuk yang lebih selesa, moden, siap dgn maklumat perjalanan bas, dan bersambung sekali dengan unit-unit kiosk yang tak perlu terlalu besar yang bersambung dengan hentian bas berkenaan. Supaya boleh rakyat ambil peluang berniaga suratkhabar dan majalah, minuman dan makanan ringan, goreng pisang, keropok lekor, cendol atau ais batu campur.
Tak habis pun wang sebanyak nilai pelbagai projek membazir dan runtuh itu.
Haji Ahmad Amzad Hashim
Setiausaha
Lujnah Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu.



























