Macam-macam isu dikaitkan dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sehingga menjadi buah mulut di kalangan pemimpin Umno. Sekarang mereka hanya memendam rasa, akan meletup apabila tiba masanya.
Isu pembunuhan Antatuya masih menghantui Najib sedikit sebanyak menganggu pemikiran beliau. Najib dilihat lemah untuk membaik pulih Umno dan meningkat pengurusan ekonomi. Beliau hanya boleh mencipta beberapa slogan transformasi tetapi masih tidak berisi. Beliau memang terkenal sebagai pemimpin sejak muda lagi hanya pandai mengumpan, bukan menyelesaikan masalah pokok. BRIM diberi kerana untuk umpan pilihanraya, bukan satu mekanisme jangka panjang. Ia melibatkan peningkatan hutang secara berterusan.
Setakat hari ini apa perancangan beliau untuk mengurang hutang negara sehingga mencecah RM502 bilion (2012). Hutang negara pada tahun 2009 hanya RM363 bilion meningkat sebanyak RM139 bilion dalam masa empat tahun..
Beliau cuba mencuri idea yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat untuk membuat kebajikan. PR menggunakan wang lebihan, bukan pinjaman.
Apa transformasi yang beliau lakukan untuk mengatasi pengaliran wang haram hampir RM200 bilion. Zaman beliau juga 271 ekar tanah KTMB di Tanjung Pagar terlepas kepada Singapura. Beliau tidak buat apa-apa terhadap Datuk Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang dituduh menerima wang RM40 juta daripada tauke balak. Masalah pengangguran di kalangan siswazah hingga mencecah 76200.
Najib bernasib malang kerana beliau memimpin Umno di era ledakan teknologi maklumat, di mana rakyat tidak boleh ditipu. Ditambah pula dengan masalah peribadi sehingga masih tidak bertemu tarikh pilihanraya. Beliau begitu trauma untuk menentukan tarikh, kerana membayangkan jika BN kalah maka bebanan akan dihempap kepada beliau.


























