Muslimat Sokong Penuh Pelantikan Pesuruhjaya Baru

2316

Oleh: Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) bersatu hati menyokong penuh perlantikan Pesuruhjaya ( PJ ) baru Dato’ Ustaz Haji Hussin Bin Awang yang menggantikan Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Ketuanya Hajah Zarani Othman berkata, pihaknya patuh dan taat kepada setiap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

“bagi kami tiada masalah …… sesiapa yang dipilih oleh Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ….Insyaa Allah kita akan bekerjasama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Sidang Media bersama Pesuruhjaya PAS yang baharu Dato’ Usyaz Haji Husain Awang pada Isnin, Isnin 15 Mei di KOMTAQ.

Katanya, Muslimat akan terus gagasan perkhidmatan yang sejahtera dan apa yang dihasratkan oleh kepimpinan yang baharu itu.

“dalam usaha untuk memenangkan PAS Negeri Terengganu sebagai kerajaan Negeri dalam PRU 14 Insyaa Allah dalam hasrat itulah,

“kita mengajak kepada semua yang ada pada hari ini yang disebut Dato’ PJ sebentar tadi akan meneruskan gagasan ataupun agenda yang dibuat oleh PJ yang terdahulu,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh saf muslimat, penyokong- penyokong dan pendokong PAS yang ada untuk hadir beramai- ramai di HARAP 3.6 Kuala Berang pada 18, 19 dan 20hb ini.

“acara kemuncak dan perasmian pada 20 hb ini yang akan dibuat oleh Timbalan Presiden PAS YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Berbagai acara menarik disediakan termasuk acara untuk muslimat,” tambah beliau.