Muslimat Seru Munajat Hadapi PRK PD

1063

Kita akan berhadapan dengan PRK Port Dickson yang bakal di adakan pada 13 Oktober 2018. Oleh itu, saya menyeru kepada semua muslimat agar turut sama-sama merintih dan merayu kepada Allah Taala dengan melaksanakan gelombang munajat.

Laksanakan dengan istiqomah solat hajat setiap hari memohon kemenangan dan keputusan yang terbaik buat kita di iringi dengan bacaan surah Al-Ikhlas 10 kali dan Al-Kahfi ayat 1 hingga 10 sebanyak sekali.

Amalan ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan bermula hari ini sehinggalah hari pilihanraya.

Dan sesungguhnya orang mukmin itu sentiasa bertawakkal kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Tawakkal dan pergantungan erat kepada Allah sesudah usaha merupakan syarat kepada kemenangan dan penyebaran Islam kerana usaha urusan manusia namun urusan menjentik dan menggerakkan hati adalah tugas Allah SWT.

Selamat Beramal,

Hajah Shamsiah Abu Bakar
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Muslimat Negeri Terengganu (JPrMNT)