Muslimat Seru Kerahan HARAP-PGU 3.5

2473

Oleh : Syakira dan Hayati

BESUT – Semua peringkat ahli dan penyokong PAS diseru membuat kerahan untuk bersama-sama menjayakan Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno Kali Kelima (HARAP- PGU 3.5)

Ketua Muslimat PAS Kawasan Besut, Puan Napisah Ismail berharap agar semua pihak memberikan sokongan dan menghadiri program tersebut yang akan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Raja, Besut.

Beliau yang ditugaskan untuk menyiapkan pentas utama berkata, ia akan siap sepenuhnya menjelang hari pertama HARAP- PGU 3.5, pada hari Khamis

“Alhamdulillah…..pentas ni sudah 80% telah siap dan hanya menunggu untuk beberapa penambahan pada pentas ini,

“In shaa Allah esok (Khamis) dengan usaha dan kerjasama daripada tenaga muslimni dn muslimat ia akan menghasilkan keceriaan yang hebat dan (ia) boleh digunakan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui membuat tinjauan kerja-kerja persiapan akhir program ‘berprestij’ itu di lokasinya, di Kampung Padang Baluh, dekat sini, petang Rabu 22 Februari.

Menurutnya, sambutan kepada penjualan tapak gerai program selama tiga hari dua malam itu, sangat menggalakkan, sehigga 90 lot habis dijual.

Justeru beliau bekas calon PAS DUN Kuala Besut itu yakin, program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu itu akan mendapat akan mendapat sambutan dari warga Besut dan Terengganu amnya.

“Besut sebagai tuan rumah dan Kota Putera sebagai……lagilah tuan rumah kepada program ini, sama-samalah kita kempen kawan-kawan kita (dan) jiran-jiran kita,

“in shaa Allah saya yakin ia akan berjaya dan akan berjalan dengan lancarnya,” kata beliau.

Pelbagai cara disediakan untuk muslimin, muslimat, Ameerah dan juga anak-anak PASTI akan diadakan sepanjang tiga hari bermula 24 Februari itu.

Antaranya, program menarik untuk golongan wanita adalah sukaneka yang akan berlangsung, bermula pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang pada hari Jumaat, dengan pertandingan Kupas Bawang, Ikat Aiskrim dan ‘Musang Berjanggut’.

Selain itu, pada sebelah paginya, akan diadakan program Jom Sihat, Bicara Sakit Puan dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Rawatan Shifa, Demonstrasi Memasak

Manakala khusus untuk wanita muda adalah acara ‘Dapur Panas’, Dekorasi Kek dab ‘Explorace’.

‘Sembang Santai Muslimat’akan mengakhiri program khusus wanita pada jam 5.00 petang, dengan kehadiran Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Pendakwah Muallaf M. Shah Shanmugan, akan mengupas persoalan semasa tentang dakwah dan wanita.