Oleh : NHA
MARANG – Dewan Muslimat PAS Cawangan Bandar Marang terus aktif menganjurkan program ilmiah, usrah dan kebajikan bagi mendekati pemduduk setempat.
Ketuanya Puan Noramina Mohamad, bersyukur kerana lebih 40 orang peserta hadir dan menghayati Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan, menunjukkan kesedaran masyarakat mendalami ilmu.


“Kita mahu muslimat kita sentiasa berilmu selain daripada ilmu yang mereka dapat itu, dapatlah mereka membantu mayarakat kembali.. ” ujarnya.
Menurutnya, kursus yang telah diadakan pada Sabtu, 22 April yang lepas di Surau Sungai Kerak 3. dibahagikan kepada empat slot yang melibatkan teori dan fizikal.
Katanya, Kursus tersebut dikendalikan oleh Ustazah Fatimah Chik yang mahir dan berpengalaman luas di dalam bidang pengurusan jenazah.
Pada peringkat awal, kata beliau, para peserta diberikan penerangan serta alat yang diberikan untuk memandikan jenazah.


“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Para peserta juga melahirkan kesyukuran kerana dapat belajar secara dekat ilmu pengurusan jenazah ini”
“Kita mengharapkan agar dari kursus ini dapat melahirkan lebih ramai tenaga pelapis muslimat di dalam pengurusan jenazah ini, memandangkan kita sekarang kekurangan tenaga yang yakin turun ke lapangan, ” ujar Puan Noramina lagi.
Beliau turut mengucaplan terima kasih kepada sokongan semua saf kepimpinan muslimat cawangan memberikan kerjasama dalam program tersebut.





























