Muslimat Mengharmonikan Ukhuwah Dengan Pengurusan

1337

Oleh: Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu menyelaras maklumat dan mengeratkan serta merapatkan ukhuwwah melalui Seminar Pengurusan Kesetiausahaan.

Pengarah program Seminar Pengurusan Kesetiausahaan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) Rahimah Muda berkata, ianya untuk melahirkan pemimpin dan ahli yang mampu mengurus tadbir dalam sebuah organisasi.

“Kepentingan dalam menguruskan organisasi bagi mencapai suatu kejayaan di mana kita tengok tanpa pengurusan yang teratur boleh menyebabkan sukar mencapai ajaran sistematik.

“Dan Islam menggariskan kepada kita bagaimana pengirisan suatu perkara yang penting berlandaskan kepada apa yang dilalui,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Muslimat Negeri berkata demikian ketika berucap dalam majlis Seminar pengurusan Organisasi DMPNT di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai pada 18 November.

Oleh itu katanya, objektif adalah untuk melahirkan pimpinan dan ahli yang mampu mengurus dan dan mentadbir sesuatu organisasi dan program dengan sistematik dan profesional.

Tambah beliau, program tersebut ialah mengimplimentasikan dan menyeimbangkan konsep pengurusan Islam dalam organisasi dan program yang dilaksanakan.

“Kita dapat menyelaras maklumat dan pengurusan dari peringkat Dewan Muslimat Negeri sehingga ke peringkat kawasan, DUN dan cawangan.

“Dan hasil daripada ini dapat mengeratkan dan merapatkan ukhuwwah di semua peringkat sesama ahli muslimat PAS negeri Terengganu,” jelasnya.

Justeru beliau berharap agar hasil daripada pertemuan hari ini dapat mewujudkan keadaan yang harmoni agar tugas-tugas diperingkat kawasan dan cawangan dapat dilaksanakan dengan harmoni di peringkat masing-masing.