Muslimat Hadiahkan Bunga Kepada Polis Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia

876
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/muslimat%20bunga%20IPK.jpg

Beliau menyeru golongan muslimat atau wanita khususnya di negeri ini memperkasa peribadi dan juga ilmu dalam pelbagai aspek sebagai persiapan menghadapi cabaran mendatang yang lebih mencabar.

Beliau berkata, masyarakat perlu menghormati peranan wanita dan meletakkan golongan tersebut di tempat sewajarnya sebagaimana Islam yang meletakkan wanita di tempat tertinggi.

“Wanita perlu memperkasa bidang agama dan juga perundangan termasuk undang-undang syarak supaya mereka tahu mengenai hak-hak sendiri bagi mengelak dianiaya pihak tertentu.

“Kalau kita tengok ketika ini, banyak isu yang didedahkan di dada-dada akhbar mengenai gangguan seksual dan juga perdagangan terhadap kanak-kanak dan wanita. Jadi, apabila wanita memperkasa dan membina diri lengkap dengan ilmu, sudah tentu mereka dihormati dalam masyarakat.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/muslimat%20bunga%20dungun.jpg“Masyarakat juga perlu menghormati wanita sebagaimana Islam menghormati golongan tersebut sehinggakan ada surah ‘An-Nisa’ (wanita) dan ‘Maryam’ dalam al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Negeri Terengganu, sempena sambutan Hari wanita Sedunia,  di sini pada Ahad 10 Mac.

Dalam kunjungan tersebut, muslimat PAS telah menghadiahkan bunga kepada kakitangan polis wanita sempena Hari Wanita Sedunia, di sini, semalam.

Menurutnya, program lawatan ke balai-balai polis itu diadakan serentak di semua daerah di negeri ini dan telah dilaksanakan di peringkat Pusat pada 8 Mac lalu.

Dalam majlis tersebut, Safinah menyerahkan sejambak bunga merah kepada Napisah Abdullah iaitu Setiausaha Ketua Jabatan Pengurusan IPK Terengganu, Superintendan Anuar Mohammad.

Safinah berkata, program tersebut membuktikan bahawa mereka sememangnya menghargai jasa dan pengorbanan polis yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

Kata beliau, ia juga merupakan sikap prihatin Muslimat PAS terhadap semua anggota polis yang terlibat dengan operasi di negeri Sabah serta ahli keluarga dan anggota-anggota keselamatan  yang telah terkorban dalam mempertahankan negara.

“Kita turut bersimpati dengan kesedihan ahli keluarga polis yang terkorban dan kita juga akan melawat keluarga polis di Kampung Kubang Ikan, Besut dan Kampung Jabi di Setiu,” tambahnya.