Muslimat Gesa Pemimpin Negara Patuh Syariah

994

KOTA BHARU – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menggesa para pemimpin negara patuh kepada syariah Allah dan bukan hanya membangunkan bukan Indeks Syariah Malaysia.

Menurut Ketuanya Ustazah Nuridah Salleh, sudah tiba masanya pemimpin negara mengambil Islam sebagai penyelesaian hidup.

IMG_20160531_225049“Kita juga bersetuju dengan MAPIM agar tabiat dan budaya hidup pemimpin-pemimpin negara sendiri hendaklah juga patuh syariat mengikut Indeks Syariah Malaysia,

“yang menjadi petunjuk kesungguhan pihak pemerintah yang mengenengahkan syariah sebagai sistem hidup yang menyeluruh,”tegasnya.

Beliau memetik firman Allah yang bermaksud “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka suatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima hukuman itu dengan sepenuhnya. ”

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaputama Muktamar Kali Ke-56 Dewan tersebut di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, di sini Selasa malam, 31 Mei.

Ustazah Nuridah mewakili perhimpunan besar tahunan sayap kiri PAS itu, mengucapkan syukur kerana Presidennya berjaya membentang Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) (pindaan) 2016.

IMG_20160531_225224“Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) (pindaan) 2016,

“telah berjaya dibentang oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dalam Sidang Parlimen pada 26 Mei yang lepas,”jelasnya.

Justeru itu, beliau menyeru semua pihak menjadikan syariat Allah sebagai panduan dalam segenap kehidupan.

“Syariat Islam adalah untuk menangani dan mengatasi lima perkara utama yang diistilahkan sebagai al-kulliyyatul khamsah atau disebutkan juga maqasid as-syariah,”ujarnya lagi.