Muslimat Baca Yaasin, Munajat Pohon Allah Jauhkan Denggi

1783

Oleh : Che Ana

KUALA NERUS – Muslimat PAS Seberang Takir mengambil langkah ‘spiritual’ bermunajat kepada Allah, memohon agar dijauhkan wabak denggi dengan mengadakan bacaan surah Yaasin.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata ia satu pendekatan yang baik dalam berusaha dan ikhtiar mengatasi wabak yang sedang merebak sekarang.

IMG_20160110_084226“selain menjaga kebersihan dan melaksanakan langkah-langkah yang disyorkan oleh pihak Jabatan Kesihatan, usaha kita mestilah dengan munajat kepada Allah kerana Dialah yang menurunkan penyakit dan yang menyembuhkannya,

“Islam sendiri jelas mengajar kita tentang kebersihan dan penyakit,”ujarnya ketika menyampaikan tazkirah pada program tersebut yang diadakan serentak di tiga lokasi.

Sehubungan itu, Ketua Muslimat PAS Seberang Takir , Ustazah Fadilah Muhammad mengajak semua pihak, tanpa mengambil kira latar belakang dan kecenderungan politik, prihatin dan cakna tentang wabak yang sedang melanda.

“Alhamdulillah, kita mengadakan munajat di tiga tempat, di surau Taman Permint Perdana, Kampung Teluk Ketapang dan kejiranan Chonang, Gong Badak,

IMG_20160110_084130“70 orang menyertainya di sini dan sambutan penduduk sekitar amat baik serta mereka menyokong usaha dan sikap prihatin muslimat terhadap musibah yang menimpa,”ujarnya selepas mengetuai program tersebut di Taman Permint Perdana.

Beliau juga menggesa pihak berwajib meningkatkan semburan anti nyamuk selain mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya Aedes dan Denggi.

Katanya, Muslimat bersedia untuk bekerjasama terutamanya dengan Jabatan Kesihatan bagi menganjurkan program-program membasmi penyakit itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohamad Omar berkata seorang orang lagi pengidap demam denggi dilaporkan maut hari ini menjadikan dua kematian dalam tempoh sembilan hari pertama tahun ini.

IMG_20160110_084330Beliau berkata mangsa kedua ini juga berasal dari lokaliti wabak yang sama mencatat kematian sebelum ini iaitu dari Kampung Panji Alam yang terletak kira-kira dua kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu.

“Mangsa, seorang wanita berumur 49 tahun meninggal dunia di wad biasa Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.20 pagi tadi.
“Beliau dimasukkan ke HSNZ pada Khamis lalu dan semakin pulih setelah menerima rawatan di hospital namun mangsa didapati meninggal dunia pagi tadi akibat renjatan denggi,” katanya dipetik agensi Bernama semalam.

Sabtu lepas, seorang warga emas lelaki berusia 65 tahun menjadi mangsa pertama denggi di Terengganu tahun ini.

Sebanyak 99 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Terengganu sejak 1 Jan lalu hingga semalam iaitu peningkatan sebanyak 253.6 peratus berbanding hanya 28 kes demam denggi untuk tempoh yang sama tahun lalu.

IMG_20160110_085103Daripada 99 kes itu, daerah Kuala Terengganu mencatat 76 kes diikuti Dungun (tujuh), Kuala Nerus (lima), Besut (empat), masing-masing tiga kes di Hulu Terengganu dan Kemaman serta satu kes di Marang.

Justeru, Dr Mohamad mahu orang ramai yang tinggal di sekitar Kampung Panji Alam supaya segera mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes sebelum lebih ramai menjadi mangsa akibat wabak itu.
“Kes denggi di negeri ini, terutama di Kuala Terengganu sangat membimbangkan dan telah berlarutan sejak November lalu.

“Selain gotong-royong yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan, orang ramai juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan persekitaran rumah mereka bebas dari sebarang risiko terkena denggi akibat nyamuk Aedes,” katanya.