Oleh : NM
SHAH ALAM – Tiada alasan munasabah yang boleh diterima oleh pengamal media apabila semua wakil mereka, jurugambar dan wartawan dihalang memasuki dewan utama muktamar ketika sesi malam.
Urusetia Muktamar hanya menyediakan ruang bersama pemerhati di sebuah dewan khas yang hanya disediakan skrin besar, sedangkan tugas kewartawanan lebih luas bukan hanya membuat liputan ucapan perwakilan diskrin sahaja.


Pada tahun yang lalu, muktamar muslimat mengambil tindakan yang sama tetapi muktamar PAS Pusat di Batu Pahat tahun lalu media diberi ruang sebebasnya membuat liputan seluas-luasnya.
“Apakah yang hendak ditakutkan oleh urusetia Muktamar Pemuda kali ini”? Keluh Ahmad Faizol Yusof, seorang jurugambar kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu.
Ramai wakil media tidak membuat liputan dengan perkembangan ini.
“Diharapkan pihak Urusetia Muktamar Pemuda kali ke-56 ini lebih mesra kepada pengamal media untuk membuat liputan perjalanan Muktamar mengikut kebebasan Media sepertimana slogan pemuda sebelum ini,”ujarnya lagi





























