Muktamar PAS ke -57; ‘Trend politik pilihanraya’

913

http://2.bp.blogspot.com/-xg_3p2IyhJA/TekCHAVaAnI/AAAAAAAAGP8/Q2jqWWhsDKE/s1600/IMG_3998.jpg– menguasai pemilihan kepimpinan KUALA TERENGGANU – Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik menyifatkan para perwakilan Muktamar PAS ke-57, Jumaat 3 Jun lalu, telah membuat satu pilihan yang terbaik berdasarkan penilaian mereka.

Oleh sebab itu, katanya, tidak ada pencalonan dibuat bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Presiden, kerana pada pandangannya, tidak ada calon yang lebih baik dari penyandang bagi jawatan tersebut.

“Dari segi pemilihan kalau nak dinilai, sebenarnya kita dapat menyaksikan bagaimana ahli-ahli PAS memeilih mereka (tokoh) yang dirasakan terbaik,

“diperingkat pengerusi tetap, timbalan, tidak ada yang lebih baik, maka mereka pun tidak mencalonkan orang baru, mereka berpuashati dengan apa yang ada, begitu juga dengan (jawatan) Presiden,”ujarnya ketika ditemui semalam, 4 Jun.

Menurutnya, bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden dan AJK PAS Pusat, walaupun kebanyakkan pemenang adalah dari kalangan aktivis parti, ia tidak mencerminkan para perwakilan menolak tokoh-tokoh berlatarbelakangkan pendidikan agama.

Beliau menganggap ia adalah fenomena biasa dalam pemilihan PAS yang kini terksan dengan banyak aktiviti kemasyarakatan, politik dan pilihanraya.

“(Pemilihan) Timbalan Presiden, kita menyaksikan pertandingan tiga penjuru, dua dari kalangan berpendidikan Islam dan seorang aktivis parti, nampaknya yang dipilih pada kali ini adalah aktivis parti, Tuan Haji Mohamad Sabu,

“ini tidak bermakna mereka (perwakilan) tidak menyokong (tokoh) dikalangan berpendidikan agama,”tegasnya.

Dalam perkembangan yang sama, pemilihan dalam Dewan Pemuda PAS Pusat tidak banyak berubah tetapi menurutnya, pemilihan pimpinan Dewan Muslimat sedikit perubahan.

Perwakilan Muslimat pada pendapat beliau, mahu melihat gelombang politik baru yang lebih berjaya, justeru memilih tokoh-tokoh yang menang dalam pilihanraya umum lalu.

“Saya merasakan pemilihan di peringkat Dewan Pemuda mengekalkan trend lama, (tetapi) pemilihan Dewan Muslimat ada perubahan ketrana mereka mahu melihat gelombang atau gerakan baru yang lebih berjaya,

“sebab itu mereka memilih ahli-ahli politik yang berjaya dalam pilihanraya (lalu) duduk dalam jawatankuasa Muslimat,”jelasnya.

Menurutnya, pada pemilihan kepimpinan Muktamar kali ini, ‘trend’ pemikiran politik pilihanraya menguasai perwakilan dan telah ditunjukkan dalam pemilihan.

“trend pemikiran politik pilihanraya agak menguasai, dapat ditunjukkan oleh pemilihan kali ini, iaitu ramai sekali dikalangan wakil rakyat, memangi kepimpinan yang telah dipilih,”tambahnya.

http://www.youtube.com/watch?v=AGCEeEOYeiI