Sehubungan itu, Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai melakukan tanggungjawab sosialnya dengan membantu seorang pelajar tahun empat berkenaan.
“Saya waktu (kejadian) itu sedang membantu ayah memesin tebu untuk pelanggan di Pasar Ramadan Kampung Geliga Besar.
“Tiba-tiba tangan saya tersempit pada mesin tebu hingga kepergelangan tangan,” jelasnya.
Beliau berazam untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya bagi membantu mengubah kehidupan keluarganya.
Ibunya, Puan Lila Mohd Nor, 45, berkata sebelum ini tidak tahu di mana saluran untuk mendapatkan bantuan kewangan.
Katanya, kediaan PAS menghulurkan bantuan dan sumbangan ini amat dihargai sampai bila-bila.
“Saya terharu dalam kesusahan ini tiba-tiba ada orang (PAS) datang dan hulur bantuan untuk masalah Mohd Fazlee.
“Kini saya tahulah kebaikan dan kecaknaan PAS kepada rakyat tidak seperti yang digambarkan oleh Umno,” ujarnya.
Pengerusi MTD Chukai, Hanafiah Ramli berkata PAS Kemaman mengambil inisiatif akan membiayai keseluruhan kos membuat tangan palsu Mohd Fazlee.
Katanya, kos asal RM3,500 dan MTD Chukai melalui sumbangan orang ramai berjaya mengumpul sebanyak RM3,575 untuk pelajar berkenaan.
“Kami (Dun Chukai) akan biayai keseluruhan kos untuk pelajar (Mohd Fazlee) ini buat tangan palsu.
“Hari ini kita (PAS) serah sumbangan orang ramai kepada keluarga ini sebanyak RM3,575 untuk tujuan itu,” ujarnya.
Namun begitu, kata Hanafiah kos yang perlu hanyalah sekitar RM1,500 sahaja selepas diskaun dan selebihnya sebagai simpanan masa depan pelajar tersebut.
Buletinonline dimaklumkan, kerja memasang tangan palsu pelajar berkenaan akan dibuat akhir bulan (disember) ini di Hospital Besar Kemaman.