MTD Bandar Yakin Rampas Kerusi MCA

919
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/ahmad%20shah.png

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/ahmad%20shah.jpgKUALA TERENGGANU – Semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diseru turun beramai-ramai bagi memeriahkan Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) yang akan berlangsung di Kampung Banggol Pradong, Kuala Nerus pada hujug minggu ini,16 dan 17 Februari

Menurut Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan (MTD) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhammad, ia adalah satu pernyataan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam suasana hampir kepada ilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13).

“kita mengharapkan semua jentera kita untuk menyatakan kesungguhan kita dan sokongan kita kepada Pakatan rakyat dalam pilihanraya ini, sama-sama kita dapt memeriahkan program PGU kita yang berlangsung di (Kampung) Banggol Pradong pada 15 dan 16hb ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi keluarga Allahyarhaman Fatimah Binti Ismail dari Kampung Payung Tanjung yang meninggal dunia akibat sesat nafas semalam, Rabu 13 Februari.

Mengulas kesiapsiagaan MTD Bandar dalam menghadapi PRU-13, Ahmad Shah yakin dengan kemampuan PAS merampas kerusi MCA di DUN Bandar sekiranya diberikan peluang untuk bertanding.

Beliau berkata, dengan melihat sokongan dan ‘mood’ seluruh rakyat, Pakatan Rakyat akan menang besar di negeri Terengganu dan dapat menawan Putrajaya.

“bersempena (saat) hampir pilihanraya kali yang ke-13 ini, dalam suasana ini kita mengharapkan semua kita di DUN Bandar, pemuda….muslimat menggembeling seluruh tenaga (dan) bersiap sedia, kita pasti dan amat yakin pilihanraya kali ini akan mendatangkan kemenangan yang besar kepada Pakatan Rakyat,

“khususnya bagi negeri Terengganu kerusi DUN-DUN dapat kita rampas dan InsyaAllah kita akan menawan negeri Terengganu dan bagi DUN bandar kita juga amat yakin sekiranya PAS bertadig dan dberi peluang, kerusi yang dipegang oleh MCA dapat dirampas oleh PAS,”tegasnya [Lihat Video]