Seorang hakim Mesir telah mejatuhkan hukuman kepada 683 orang yang didakwa penyokong Ikhwanul Muslimin dengan hukuman mati, termasuk Musrsyidul Aam kumpulan itu, Mohamed Badie, dan mengesahkan hukuman mati 37 daripada 529 penyokong yang didakwa sebelum ini.
Di luar mahkamah pada hari Isnin, apabila berita hukuman tersebut dibacakan, keluarga tertuduh mula menjerit dan beberapa wanita pengsan serta rebah ke tanah.
Mohamed Elmessiry, penyelidik Amnesty International yang memantau kes berkata, mereka yang dihukum “tidak mendapat perbicaraan yang adil”.
Ramai diantara peguam bagi tertuduh memboikot pendengaran kes, menuntut bahawa hakim digantikan dan menggelarnya sebagai “pelapah daging”.
Peguam Mohamed Abdel Waheb, yang mewakili 25 daripada defendan berkata, keputusan itu dibuat dalam satu sesi mahkamah yang bersidang hanya tidak sampai lima minit.
Sebelum ini, beliau berkata, satu sesi dalam perbicaraan ini berlangsung hanya empat jam, di mana hakim enggan untuk mendengar hujah-hujah daripada pihak pembelaan.
Seorang awam Abdel Nasser Hassanien, meunggu di luar mahkamah berkata, lima daripada saudara-mara beliau adalah antara yang dihukum mati.
Abdel Naser berkata, ia termasuk adiknya, Ahmed Hassenein Abdelatty, 22.
“Daripada lima hanya satu berkaitan dengan Ikhwanul Muslimin, dan dia tidak melakukan apa-apa pun, “katanya kesal
Hakim Saeed Youssef sebelum ini telah menerima kecaman antarabangsa dan mencetuskan bantahan daripada kumpulan-kumpulan hak asasi manusia selepas beliau menjatuhkan hukuman mati lebih awal untuk 528 defendan pada 24 Mac.
Tindakan hakim itu dikutuk berikutan perbicaraan yang terlalu ringkas dan ‘dihitamkan’ dengan penyelewengan yang ketara.
Pada Isnin dia menterbalikkan hukuman mati hanya kepada 492 dari orang-orang 529 hukuman mati sebelumnya, yang kebanyakkan defendan telah ditangkap dan kekal dalam penjara.
Di kalangan mereka yang baru dihukum mati hari ini ialah Mohamad Badie, Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin, pemimpin palig kanan kumpulan itu.
Beliau adalah antara 77 daripada 683 defendan dalam jagaan yang hadir dalam prbicaraan, selebihnya telah dibicarakan tanpa hadir dan mempunyai hak automatik untuk perbicaraan semula.
Undang-undang Mesir yang memerlukan hukuman mati disahkan oleh hakim yang mempengerusikan kes, selepas komen dibuat dari Mufti Al Azhar, pegawai agama terkemuka di negara itu. Pendapat itu Mufti kepada hakim adalah rahsia.
Keputusan dan kematian bersalah ayat masih tertakluk kepada rayuan di Mahkamah Rayuan.
“Kes ini telah membunuh kredibiliti sistem kehakiman Mesir,” kata Elmessiry dari Amnesty International.



























