Cukai Pintu Tinggi; Bantah Beramai-ramai Secara Bertulis

1875

Pada hari Sabtu 26hb Mei 2014 yang lalu di dalam program Forum Kos Sara Hidup anjuran NGO Sukarelawan Pendidikan Rakyat Terengganu ( KAWAN), beberapa peserta telah membangkitkan isu kenaikan luar biasa bagi taksiran cukai pintu bagi premis bangunan/rumah kediaman di sekitar Kuala Terengganu.

Bagi rumah yang pada tahun tahun sebelumnya membayar Cukai Pintu sekitar RM100 setahun, mereka telahpun menerima taksiran baru melalui surat NOTIS SEMAKAN SENARAI NILAIAN dengan kadar cukai baru sekitar RM600.

Ini kenaikan sebanyak 600%.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/Amzad1.pngTinjauan saya di Kampung Durian Burung sudah ramai yg menerima notis yang serupa. Ada yang asal dulu kadar cukai pintu RM120 setahun, sekarang sudah meningkat luar biasa kepada RM768.00.

Sesuai dengan kenyataan surat notis tersebut yang menperuntukkan tuan punya Premis yang tidak berpuas hati agar membuat bantahan, saya menyeru semua yang menerima notis tersebut agar segera mengemukakan bantahan mereka secara bertulis kepada MBKT secara individu terlebih dahulu.

GANTI akan menyelaraskan tindakan bersama pelbagai NGO lain bagi membangkitkan masalah ini secara kolektif dan akan mengaturkan Kaunter atau Meja Pengumpulan Bantahan Taksiran Semula Cukai Pintu MBKT di setiap Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pakatan Rakyat.

Semua yang telah kemukakan bantahan individu diminta menyerahkan salinan fotokopi surat bantahan masing2 kepada kaunter/meja berkenaan untuk pengumpulan.

Bagi memudahkan lagi, jawatankuasa peringkat kampung masing-masing bolehlah dibentuk.

InsyaAllah kita usahakan gabungkan semua jawatankuasa ini dgn buat satu memorandum bantahan secara bersatu.

Bantahan secara individu yang disekalikan dgn tindakan secara kolektif oleh rakyat melalui NGO2 moga moga memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional agar menangguh dahulu penilaian semula ini yg amat membebankan rakyat ketika beban kos sara hidup amat menekan kehidupan sekarang.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )
GANTI TUNTUT PERUBAHAN