Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Misteri Kehilangan Pesawat MH370 Masih Belum Terjawab

MysteryofMH370

PAS Sarawak mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga para penumpang serta krew pesawat MH370 yang disahkan terhempas di tengah Lautan Hindi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib baru-baru ini. Disamping itu PAS Sarawak juga berasa sedih dan simpati kepada keluarga Andrew Nari ketua pramugara dari Sarawak yang turut berada di dalam penerbangan tersebut.

Sehingga kini tiada berita yang boleh mengesahkan yang serpihan pesawat MH370 dijumpai hanya setakat Imej satelit yang dikeluarkan oleh Airbus Defence and Space menunjukkan objek berpotensi di selatan Lautan Hindi di mana usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang itu diberi tumpuan.

Selama tiada bukti yang menunjukkan dan mengesah serpihan MH370 atau mangsa dijumpai, selagi itulah pihak keluarga mangsa berharap agar semua penumpang pesawat MH370 masih selamat. Ini satu misteri yang sampai hari ini belum terjawab. Dimanakan mangsa dan serpihan pesawat itu benar-benar berada?

abu srajSelepas lebih dua minggu, keluarga penumpang, rakyat Malaysia serta seluruh dunia ternanti-nanti akan nasib yang menimpa MH370, malah sepanjang masa itu juga rakyat Malaysia tidak putus-putus berdoa dan berharap agar penumpang dan anak kapal MH370 dapat pulang dengan selamat.

PAS Sarawak berharap orang ramai khususnya pihak media supaya menghormati ruang peribadi dan emosi setiap ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam menghadapi detik yang amat mencabar dan memilukan ini.

PAS Sarawak mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dibawah Parlimen Malaysia bagi menjalankan siasatan terperinci mengenai punca kemalangan yang menimpa MH370 ini.

PAS Sarawak juga mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat MH370 sepanjang lebih 2 minggu ini yang lalu.

Kesedihan keluarga penumpang dan anak kapal MH370 turut dikongsi bersama oleh segenap lapisan masyarakat dan PAS Sarawak berdoa agar Allah SWT meringankan bebanan mereka dalam menghadapi cubaan dan kesedihan ini.

Andri Zulkarnaen Hamden @ abusiraj almuner
Ketua Penerangan PAS Sarawak

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan