Sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Hatay Turki , KAMI terus rumah penginapan di Antakya.
Perjalanan udara mengambil masa 12 jam adalah memenatkan, namun setelah khidmat diri dan solat, mesyuarat penyelarasan bersama NGO tempatan dijalankan.
Rakan NGO tempatan Turki dan tuan rumah kepada Misi memberikan taklimat terperinci mengenai jadual pergerakan kami sepenjang berada di Antakya dan Reyhanli.


Oleh itu, kami akan serahkan kepada pihak NGO terbabit yang sudah bertahun-tahun melayani pelarian di sini untuk menentukan mereka yang paling layak menerimanya.
Proses pembelian barangan persediaan musim sejuk telah pun diuruskan oleh NGO itu dengan pasukan kami akan dijangka tiba di persekitaran kem esok dan lusa kami akan di bawa ke daerah Reyhanli satu lagi kawasan sempadan Turki-Syria.


Beliau menambah, “hubungan baik kita dengan Cansuyu telah dibina sejak dari 2013 lagi. Di mana bantuan #WinterAidSyria ini dijalankan setiap tahun dan Mr Yilmaz Balcin dan Mr Nacep Fazil sebagai individu yang bertungkus lumus menyiapkan kelangkapan yang diperlukan.”
Kami mengharapkan doa dari semua pihak khususnya para penderma dan penyumbang, mendoakan keselamatan dan keberkatan urusan fisabilillah ini.


Semoga sasaran dapat dicapai dan dan harapan seluruh rakyat Malaysia Inilah harapan yang kita sama-sama niatkan.
Dr Suhazeli Abdullah
Ketua Delegasi






























