SETIU – Tahun 2013, genap usia 35 tahun penubuhan Parlimen Setiu sebagai parlimen bongsu dalam negeri Terengganu. Usia 35 tahun sudah dikira cukup matang untuk seorang manusia. Usia yang mampu memikul cabaran dan memenuhi harapan.
PAS Setiu akan terus berusaha, sekalipun ‘sasaran’ untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya satu kerusi DUN dalam PRU 13 baru-baru ini dalam rangka demi menjayakan misi PAS Terengganu menuju ke Wisma Darul Iman belum berjaya.
“kekecewaan ini tak dibiarkan lama merencatkan gerak kerja dan perjalanan parti. Setiu perlu bangkit segera atau kita akan terus terkebelakang.


[Gambar – Mesyuarat Agung PAS Setiu kali ke-34 tahun 2012, dirasmikan oleh Setiausaha Agung Dato’ Mustafa Ali]
Menurutnya, ia akan dilaksanakan dengan mengambil kira segala hasil muhasabah dan ‘postmortem’ yang telah dilakukan untuk memperbaiki apa yang cacat, menambah apa yang kurang.
Katanya, dengan mengekalkan apa yang telah sedia mantap dan dengan izin Allah, PAS Setiu akan mampu memberi saham yang terbaik menjelang PRU 14 nanti.
“Mesyuarat Agong Tahunan yang akan diadakan di Kompleks Tarbiyah Luqmanul Hakim, Kampung Guntung, Permaisuri dijadualkan akan dirasmikan oleh YB Ust Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang,”jelasnya.
Sehubungan itu, Buletionline dimaklumkan, Mesyuarat Agung PAS Setiu kali ini juga akan menyaksikan satu persaingan sengit bagi merebut jawatan Yang DiPertua (YDP) di antara Timbalan YDP masakini Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir, Naib YDP Dr Azman Ibrahim dan bekas YDP Haji Ghani Che Ambak.
Manakala YDP sekarang, Ustaz Pauzi Muda mengundurkan diri dan memberi laluan bagi jawatan utama itu dan hanya bertading merebut jawatan Timbalan YDP. Beliau akan ditetenag oleh oleh Haji Omar Sidek




























