COX’S BAZAAR, Bangladesh – Meskipun sumbangan yang dihulurkan itu hanya sekadar RM10.00 sahaja, namun ia tetapi amat bernilai kepada para pelarian Rohingya.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man merayu kepada seluruh umat Islam termasuk di Malaysia agar sama-sama membantu pelarian Rohingya di sini.
“Walaupun pada kita kecil, RM10.00 atau RM20.00 dan tidaklah besar sangat tetapi bagi mereka (pelarian), jumlah itu sangat besarlah. Mereka dengan anak kecil menyeberangi sungai, menyelamatkan diri.
“Saya merayu dan mengambil kesempatan bagi semua pihak untuk menyalur sumbangan melalui PASRelief khususnya.
“Ini kerana, PASRelief merupakan satu badan yang kita (PAS) turun sendiri, kita buat sendiri program untuk sampai ke tangan mangsa pelarian yang terlibat, Insya’Allah,” jelasnya.


Turut serta bersama delegasi itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Jabar, Pengerusi PASRelife, Muhammad Sanusi Md Nor.
Justeru katanya, umat Islam mempunyai tanggungjawab yang sangat besar, mendidik anak-anak dan membesarkan mereka dengan selesa.
Katanya, kehidupan saudara seIslam Rohingya di sini sangat terdesak dan membantu mereka diberikan Allah pahala yang besar.
“Mereka yang ada kemampuan hulurkanlah sumbangan. Sebab, mereka sangat perlu dan saya masih ingat pesanan almarhum Tuan Guru Nik Aziz,
“Jika kita boleh beri sesuatu diwaktu mereka yang sangat terdesak pahalaNya sangat besar,” ujarnya.




























