Mengelirukan; Exco Pelajaran Terengganu Buruk Sangka Terhadap Artis Yang Berhijrah

846

di atas pentas ceramah kerana boleh memberi kesan negatif. Kenyataan tersebut disiarkan pada 27 Mei, Ahad di halaman 6 Sinar Harian.

Dalam kenyataan tersebut, Ahmad Razif menyebut golongan artis terbabit mungkin mempunyai niat tertentu dengan penghijrahan tersebut yang memperlihatkan sifat buruk sangka yang tinggi kepada golongan yang mahu berubah. Sifat buruk sangka tersebut boleh menyebabkan golongan yang mahu berubah terbantut hasrat mereka.
Selain itu, beliau turut menyebut cerita ‘penghijrahan’ artis tersebut boleh mengandaikan bahawa tidak salah berbuat jahat kerana boleh bertaubat kelak. Ini adalah satu kefahaman yang sempit.

Ahmad Razif mungkin tidak pernah tahu Hadis yang sangat popular bagaimana taubat seorang pembunuh yang telah membunuh 99 nyawa yang kemudiannya mahu bertaubat. Akhirnya beliau membunuh lagi menjadikan 100 nyawa. Namun, Allah masih menerima taubat si pembunuh tersebut.

Juga di luar sana terdapat banyak kisah-kisah taubat yang mampu membuat si pendosa merasai pintu taubat sentiasa dibuka. Antaranya kisah taubat tokoh sufi Malik bin Dinar yang sebelumnya terkenal sebagai kaki maksiat. Kisah-kisah taubat sepatutnya sentiasa diceritakan, diulang dan dijadikan peringatan kepada masyarakat di luar sana.

Pemuda PAS merupakan antara pihak yang sering memberi ruang kepada  golongan artis yang berhijrah tampil ke pentas. Ruang yang diberikan tersebut merupakan satu pendekatan dakwah bukan sahaja kepada peminat artis berkenaan, malah kepada artis tersebut sendiri. Pendengar dapat mengikuti kisah-kisah penghijrahan artis, manakala artis yang mahu berhijrah ini akan merasa penghijrahan mereka disokong dan diterima peminat selain mendampingkan mereka dengan tokoh-tokoh agama.

DPPNT berpendapat, Kerajaan Negeri Terengganu sepatutnya memanfaatkan artis sebegini untuk mendekati dan mempengaruhi pelajar ke arah kebaikan dan bukannya menjemput artis-artis yang mengadakan hiburan pentas sahaja yang terbukti sebenarnya memberi pengaruh yang buruk dalam masyarakat.

Muhammad Zaidan Abdullah
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
28 Mei 2012