Lawatan ini dilaporkan bertepatan kerana berlangsungnya sebuah eksposisi perdagangan di bandar China itu, dimana Ahmad dikatakan akan bertemu Gabenor dan para pegawai China yang lain disertai pengusaha Terengganu yang akan menawarkan peluang-peluang perniagaan.
Di antara ahli delegasi adalah beberapa pengusaha industri walit yang akan mengadakan pertemuan dengan pengedar sarang burung walit di Guangzhou. Ia adalah dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai Hub global untuk sarang burung yang berkualiti tinggi.
Terengganu dilaporkan mengeksport sekitar 100kg sarang burung ke Guangzhou sebulan. Jumlah eksport sarang burung setahun tahun 1,200 kg – dalam RM25, 000 kilo – dan bernilai RM30 juta. Dan itu hanyalah satu barang dagangan, mungkin akan ada banyak dagangan lain.
Namun, masih timbul pertanyaan kepada Dewan Undangan Negeri, di mana kerajaan negeri Terengganu di pertanggungjawabkan, persoalannya, adakah jumlah dagangan tahunan antara Guangzhou-Terengganu membenarkan saiz delegasi lawatan ‘mega’ yang sedang berada di China sekarang.
Ahmad perlu menjelaskan butiran delegasi dan kos yang terlibat sejurus selepas beliau kembali dari Guangzhou kerana, kesemua 177 orang itu adalah delegasi rasmi dan kosnya akan ditanggung oleh kerajaan negeri.
Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak, pastinya kerajaan dapat, dengan mudah membayar kos yang terlibat. Namun, rakyat masih ingin tahu seperti yang berlaku di Negeri Sembilan. Dilaporkan dalam sidang DUN Negeri Sembilan (NS) kelmarin, jumlah belanja kos yang dikeluarkan oleh Menteri Besar ketika melakukan perjalanan rasmi pada tahun 2008 dan 2009.
Menteri Besar NS hanya hanya melakukan dua perjalanan rasmi, satu ke Kuala Terengganu dengan Pembantu Khasnya dan yang lain ke Kuching bersama isteri dan Pembantu Khasnya. Kos untuk dua kali perjalanan itu adalah RM13, 000, meliputi tiket pesawat dan penginapan hotel.
Dewan Undangan Negeri Terengganu, oleh kerana itu, perlu diberitahu seperti DUN Negeri Sembilan diberitahu tentang tujuan lawatan, identiti ahli delegasi dan penjelasan tentang mengapa mereka dimasukkan dalam senarai delegasi, maka kos yang terlibat dan diunjurkan manfaat dari perjalanan.
Ia adalah kerana dana awam terlibat dan mesti di akaunkan sepenuhnya.
Jika tidak dilakukan, dimana Ahmad tidak melaporkan perincian lawatan 177 delegasi tersbut, ia adalah tugas pihak Dewan Undangan Negeri untuk memanggil perakaunan, meminta laporan. Lagi pula, badan perundangan (state legislature) terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang memilih mereka ke sana.
Seharusnya kerajaan negeri tidak perlu menunggu Ketua Audit Negara untuk mendedahkan penyalahgunaan dan membuat kecaman terhadap kerajaan.
Ahmad perlu bertindak melaporkan segala butiran lawatan atau menghadapi tuduhan menyalahgunakan dana awam dalam urusan kerajaan. Kerana terlalu banyak pelanggaran telah dilakukan tanpa semakan.
Oleh kerana itu, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri harus memainkan peranan mereka, memastikan kerajaan dipertanggungjawabkan atas setiap tindakan yang dilakukakan. (Terjemahan Bebas dari The Sun)