Terengganu, Malaysia

Mempertahankan Jawatan Kerana Sokongan Dari Bawah

20150528_103005 (2)

KUALA TERENGGANU – “Pertandingan di dalam PAS bukan kerana nak menang projek ataupun habuan wang ringgit, tetapi jawatan ini adalah amanah serta merupakan ke arah ‘fastabiqul khairaat’ iaitu berlumba-lumba ke arah kebaikan”, ujar Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika ditanya keputusan beliau untuk mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat untuk Pemilihan dewan itu nanti.

“Saya hargai pencalonan daripada akar umbi yang masih memberikan kepercayaan dan harapan kepada saya untuk terus mempertahankan amanah ini.

Khalil Hadi3“Saya yakin, para perwakilan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion dan kelayakan bijak memilih yang terbaik berdasarkan ilmu dan kemampuan, bukan kerana faktor keturunan ataupun secara spontan tanpa soal selidik” ujar beliau lagi.

Muhammad Khalil, 38 tahun mempertahankan kerusi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yakin para perwakilan bijak memilih, walaupun tidak menolak faktor anak Presiden Parti juga sedikit sebanyak memberi kelebihan kepadanya.

Beliau merupakan anak sulung kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berkecimpung di dalam perjuangan ini sejak kecil lagi.

Walaupun ayahanda beliau tidak pernah memaksa anak-anak untuk terlibat di dalam PAS, tetapi berkat tarbiyyah ayahanda, pemahaman dan kesedaran diri sendiri yang mahu terlibat di dalam PAS ini untuk sama-sama berjuang dan berlumba-lumba di dalam kebaikan.

20150528_103956 (2)Menurut Muhammad Khalil, Dewan Pemuda merupakan dewan yang sangat penting dan merupakan sayap kepada perjuangan PAS itu sendiri. Dewan pemuda perlu kepada pemimpin yang berpegang teguh kepada prinsip Islam.

Para pemuda juga merupakan kader-kader yang perlu dijana sebaiknya mengikut acuan Islam supaya faham akan perjuangan PAS sebagai gerakan Islam.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan akan tetap berpegang teguh dengan visi dan misi pemuda itu sendiri yang akan memastikan masyarakat dan pemuda akan terus mendekati dan memartabatkan Islam hingga ke akhir hayat mereka.

Turut akan diperjuangkan pemuda adalah keharmonian dan perjuangan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Sementara itu, ketika ditanya berkaitan perhatian ramai menjelang Muktamar PAS yang akan berlangsung pada 4-6 Jun nanti di Kuala Selangor, Muhammad Khalil sedar bahawa begitu banyak perhatian yang diberikan ini merupakan suatu perkara positif yang menunjukkan bahawa PAS ini merupakan parti yang penting, yang mana kesinambungan perjuangan PAS itu akan mencorakkan warna-warni politik di tanahair ini.

Khalil HadiBeliau juga menegaskan bahawa tiada salah pertandingan di dalam PAS, kerana PAS mengamalkan demokrasi serta parti itu mempunyai kaedah yang tersendiri mengikut acuan Islam di dalam memilih pemimpin yang benar-benar menghayati akidah perjuangan yang sebenar.

Ketika ditanya pertembungan jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat di antara Suhaizan Kaiyat dan Ustaz Nik Mohamad Abduh, Muhammad Khalil secara terbukanya memberi sokongan kepada Ustaz Nik Mohamad Abduh agar dipilih oleh para perwakilan pemuda nanti.

“Tiada masalah isu umur jika mahu dibangkitkan. Kerana hampir majoriti Ketua Pemuda PAS yang lepas berumur 40 tahun ke atas. Saya berharap agar para perwakilan akan memilih Ustaz Nik Abduh kerana pengalaman luas beliau di dalam pemuda sebelum ini.

“Beliau juga dekat dengan jiwa pemuda kerana sentiasa aktif berprogram bersama pemuda selain bijak dan mesra di alam maya. Namun yang penting, saya mengharapkan pemuda memilih pemimpin yang akan berjuang mempertahankan prinsip Islam serta kepimpinan PAS itu sendiri”, ujar Muhammad Khalil lagi.

20150528_102748Di akhir pertemuan, Muhammad Khalil sekali menegaskan bahawa PAS bukan sahaja parti politik tetapi merupakan gerakan Islam. Dewan pemuda akan tetap teguh menyokong kepimpinan parti yang berpegang teguh dengan prinsip perjuangan.

Dewan pemuda akan memastikan kesinambungan kepimpinan dewan itu bagi melahirkan pemuda yang wasatiyyah menurut acuan Islam yang sebenar, serta berakhlak dan taat kepada kepimpinan.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan