Memo RUU 355 Kepada Menteri

1089

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Kongres Rakyat Terengganu telah mengambil inisiatifnya bagi menyerahkan memorandum kepada semua Ahli-ahli Parlimen Terengganu agar menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.

Pengerusinya, Yahaya Ali berkata resolusi Kongres tersebut Ogos lalu bersetuju agar Mahkamah Syariah dinaik tarafkan.

kam3687(a)-hulu terengganu1Katanya, persetujuan itu bagi menyokong RUU pindaan Akta 355 yang telah dibawa ke parlimen oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, sebanyak 83 NGOs dalam Kongres Rakyat Terengganu menggesa semua ahli-ahli parlimen muslim menyokong RUU Akta 355 itu.

Menurutnya, sehingga kini, tiga Ahli Parlimen Umno dari negteri Terengganu telah ditemui bagi menyampaikan hasrat itu.

Beliau berkata, Ahli Parlimen BN Hulu Terengganu, Dato’ Jailani Johari berjanji akan meneliti terlebih dahulu RUU Akta 355 serta menyokongnya.

Dato’ Jailani adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merupakan Ahli Parlimen BN kedua menerima memorandum tersebut selepas Ahli Parlimen Setiu.

Selain itu, NGO bidang pendidikan, Kawan yang juga sekutu Kongres Rakyat Terengganu juga telah dimaklumkan menyampaikan desakan yang sama kepada Ahli Parlimen Besut yang juga Menteri Pengajian Tinggi