Memang Benar ! Pilihanraya Membazir

951

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/07/polis3.jpg

Walaupun kalah pada PRK Penanti, BN patut dipuji kerana dapat menyelamatkan jutaan ringgit wang pembayar cukai Malaysia.

Kata-kata Najib umpama ‘hikmat’ itu yang terbukti benar di PRK Penanti sepatutnya menjadi ikutan dan pegangan BN dan mengambil keputusan tidak bertanding di PRK Manek Urai.

Namun, terbukti ‘benar dan tiada lain yang benar, kecuali benar-benar berlaku pada PRK Manek Urai apabila BN bertanding.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/07/OperasiBN1.jpgPembinaan 5 blok kanopi mega di belakang balai polis Laloh, disini, bakal menyaksikan kebenaran kata-kata Najib, dan rakyat akan kerugian berjuta ringgit sekali lagi.

Kanopi tersebut akan menempatkan ribuan polis yang juga memakan belanja jutaan ringgit sebagaimana yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang.

Itu tidak termasuk pembinaan pusat operasi BN Manek Urai yang juga dibangunkan dengan kanopi hampir sama dengan pembinaan bagi kediaman polis !

Berapa juta pula wang yang akan digunakan untuk ‘menyogok’ pengundi ?

Temubual wartawan Buletinonline dengan para petugas BN mengesahkan bahawa ‘faktor wang’ akan digunakan dalam pilihanraya kali ini sebagaimana amalan BN sebelum ini.