Media dan Penulisan, Senjata ‘Perang Pemikiran’

1747

KUALA TERENGGANU – Musuh Islam ‘gencar’ menyerang kesempurnaan Islam dan gerakan Islam melalui tinta, maka para daie mestilah merasakan tugas menulis adalah satu kewajipan.

20151016_144348Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor, media dan penulisan adalah dua elemen penting dalam persiapan para soldadu Islam menghadapi ‘perang pemikiran’ masakini.

“Bengkel Media dan Penulisan secara asasnya adalah untuk melahirkan penulis-penulis yang menjadikan penulisan sebagai medium dakwah,

“Dalam era perang pemikiran ini, kader-kader dakwah yang kompeten mestilah diasuh dengan sistematis,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah dalam Bengkel Media dan Penulisan yang diadakan di dewan Masjid Jamek Darul Iman, Kampung Tok Jiring pada Sabtu 16 Oktober.

Seramai 50 orang peserta hadir dalam bengkel tersebut, yang dianjurkan Lujnah Penerangan dan Hubungan Media, Badan Perhubungan PAS Terengganu dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).

20151016_120701 (2)Beliau yang telah menghasilkan 54 buah buku itu berkata, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah tokoh yang ulung dalam dunia penulisan.

Beliau menyeru kepada bakal pemimpin agar menghayati media dan penulisan dengan menjadikan amalan membaca satu kemestian.

“Pemimpin adalah para pembaca (Leaders are readers), membaca dan menulis adalah kemahiran (skills) yang perlu ada,
“pemimpin mesti memiliki ilmu pengetahuan dan menulis, kita boleh memperbaharui sejarah dengan membuat kajian dan menulis,”katanya.

Umpamanya, kata beliau, pendapat para sejarawan sebelum ini menyatakan bahawa Hizbul Muslimin adalah parti Islam yang pertama di tanah air.

Bengkel3Namun selepas kajian terbaru mendapati, jelas beliau, Sarekat Islam Terengganu yang diasaskan oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong adalah merupakan parti Islam yang lebih awal.

Menurutnya, pengaruh Sarekat Islam sebagai sebuah pertubuhan politik Islam berkembang di Tanah Melayu semenjak tahun 1919 apabila cawangannya wujud di Singapura, Johor, Baserah – Pahang, Terengganu, Kelantan, Patani dan Pulau Pinang.

“Antara tokoh penting Sarekat Islam di Tanah Melayu ialah Tuan Guru Haji Abd Rahman Limbong yang memimpin pemberontakan ke atas British antara tahun 1924 hingga 1928,

“iaitu lebih awal dari pergerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan al-Banna pada tahun 1928 di Mesir,”katanya.

Bengkel6Sehubungan itu, Pengerusi KAMI Dr. Azman Ibrahim berkata penulisan ada satu dari wasilah dakwah dan penyebaran maklumat yang sangat penting dan berkesan.

“Ianya lebih penting dalam dunia teknologi maklumat sekarang. Menguasainya bermakna kita menguasai satu senjata penting dalam perjuangan untuk meninggikan agama Allah.

“Aset persenjataan ini amat rugi andai tidak dimanfaatkan sepenuhnya,”katanya ketika membentangkan kertas bertajuk ‘Bagaimana Beridea’ Dalam Bengkel tersebut.

Katanya, KAMI telah mengendalikan beberapa siri kursus dan bengkel dalam usaha untuk memahirkan petugas-petugas media parti dengan skil dan kemahiran penulisan.

20151016_092647Beliau menegaskan, sekarang bukan lagi masanya untuk kita berada di bawah tempurung.

“Bergerak dan berjuang secara senyap dalam kelompok kita. Setiap maklumat perlu disebarkan ke seluruh pelusuk dunia.

“Kita perlu tampilkan kehebatan Islam melalui medium penulisan. Menyebarkan aktiviti dan pergerakan kita dan menjawab isu-isu yang timbul,”tambah beliau