MB Tidak Hormati Kerabat DiRaja dan Rakyat Terengganu

1848
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/Amzad1.png

Menurut Timbalan Pengerusi Sekretariat Menuntut Kembalikan Royalti Terengganu (R) Haji Ahmad Amzad Hashim, tindakan Ahmad membiarkan ‘bapa saudara’ Sultan Terengganu itu menunggu di luar pintu pagar dan enggan bertemu muka sebagai satu perbatan yang ‘biadap’.

“Ku Duka (Tengku Seri Paduka Raja) sanggup turun untuk menyedarkan rakyat, mewakili rakyat bawa memorandum………memorandum seluruh rakyat negeri Terengganu, berpuluh ribu rakyat tandatangan petisyen itu, tiba-tiba Dato’ Ahmad said tutu kemas pinu pagar (Wisma Darul Iman),

“itu (sepatutnya) satu penghotmatan kepada Dato’ Ahmad Said (apabila) ‘Kerabat DiRaja’ mahu menyampaikan memorandum, (tapi) kena tunggu depan pintu pagar……..mana dia budaya orang Melayu? mana dia adab (seorang) Islam? mana dia negeri cantik budaya menarik, ini satu sifat yang ‘kurang ajar’!,”tegasnya.

[Lihat Video]

Beliau berkata demikian demikian ketika mengulas kejadian yang berlaku semasa Sekretariat Menuntut Kembalikan Royalti Terengganu (R) mengadakan Himpunan Aman Demo dan Memo pada 20 Mac lalu.

Himpunan tersebut diadakan bagi memperingati genap setahun, Menteri Besar Terengganu telah menarik balik saman kerajaan negeri Terengganu terhadap Petronas dan kerajaan persekutuan yang telah ‘merampas’ hasil royalti petroleum sejak tahun 2000.

Amzad yang juga bekas Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu berkata, semasa saman tersebut mahu difailkan, kerajaan negeri Terengganu telah membawa usul ke dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dan telah diluluskan sebulat suara.

Malangnya kata beliau, ketika menarik balik saman tersebut, bukan sahaja Ahmad Said tidak membentangkannya dalam Sidang DUN, malah tindakan Ahmad Said tidak diketahui oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Terengganu.