Mayat Dipercayai ‘Mangsa Lemas’ Terapung di Lubuk Temiang

2150

DUNGUN – Seorang penduduk Kampung Dendang terkejut apabila telihat objek seperti manusia terapung di Lubuk Temiang Sungai Dungun.

IMG_20160109_143539Setelah diyakini objek itu adalah manusia, penduduk yang dikenali Ayub telah ,memaklumkan kepada orang kampung dan pihak Polis Balai Jerangau.

Operasi membawa mayat yang ditemui kedaratan telah dilalukan oleh pihak Bomba dari balai AMBS , Polis dan orang kampung.

Jenazah telah berjaya dibawa ke daratan di kampung Dendang jam 12 tengahari dan dibawa ke Hospital Dungun oleh pihak Polis untuk siasatan lanjut.

Pengarah MTD PAS Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman [Gambar paling kanan ], Ketua Pemuda, Zul Shawaludin berada ditempat kejadian sejak berita ini tersebar.

IMG_20160109_143508Mangsa dipercayai seorang pemuda linkungan 30an, dipercayai lemas, berasal dari kampung Baharu Sungai Binjai, Ajil.

Pihak keluarga mangsa yang kebetulan berada ditempat mayat didaratkan mengesahkan mayat itu adalah keluarga terdekat meraka.

Setakat ini punca kematian masih dalam siasatan pihak berkuasa. Kejadian ini yang pertama di tahun 2016 di Sungai ini.