Terengganu, Malaysia

Masjid Kristal Bocor; Kerajaan Umno BN Gagal Urus Selia

Masjid Kristal Bocor; Kerajaan Umno BN Gagal Urus Selia

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – Kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu mengurus selia projek-projek pembangunan adalah punca ke kebocoran yang berlaku keatas Masjid Kristal.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, hari ini rakyat telah melihat bagaimana berlakunya kebocoran, pecah cermin yang dikatakan oleh pegawai Taman Tamadun Islam (TTI) bahawa kebocoran itu dikenalpasti sejak tahun 2008 lagi.

Masjid Kristal Bocor; Kerajaan Umno BN Gagal Urus Selia“Walaupun ketika itu ada pihak yang mengetahui kebocoran pada dua item ini masih sedikit, yang pertama pada sudut pecahnya cermin dan yang keduanya berlaku pembocoran pada lantai kalis air yang ada, sepatutnya apabila berlakunya perkara ini pada tahun 2008, terus diperbaiki,

“Dan yang menjadi persoalannya kenapa dibiarkan?. Adakah kepimpinan dimasa itu hendak membiarkan pembocoran itu berlaku ataupun kerana berlakunya pembalahan diantara kepimpinan Umno yang membuatkan akhirnya terkesan kepada projek pembangunan yang ada?,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Jamuan Dana Pilihan Raya Dun Bukit Payong di Madrasah Darul Iman, Sabtu, 7 Oktober, disini.

Menurutnya, PAS tidak pernah menentang segala projek-projek pembangunan untuk kepentingan masyarakat tetapi PAS sentiasa bersuara dan menyatakan pandangan tentang dua perkara penting dalam melakukan sesuatu projek pembangunan yang menggunakan duit rakyat.

“Yang pertamanya, kaedah pengurusan pembangunan yang perlu diteliti dengan baik dan yang keduanya, meletakkan keutamaan dalam melaksanakan sesuatu pembangunan,

“Dizaman Umno memerintah yang dipimpin oleh Dato Seri Idris Jusoh, banyak projek besar dilakukan tetapi semua itu akhirnya menunjukkan kepada rakyat kegagalannya ataupun membuatkan kerosakan yang begitu banyak seperti Stadium Sultan Mizan, Souq Jertih, Taman Ilmu diBesut dan kali ini Masjid Kristal yang kos perbelanjaannya 23 juta besar yang juga dibina oleh kerajaan Umno BN,” jelas beliau.

Masjid Kristal Bocor; Kerajaan Umno BN Gagal Urus SeliaTambahnya, PAS pernah mempersoalkan apakah rasionalnya pembinaan masjid disitu dengan kos yang sebegitu tinggi yang hari ini telah dinyatakan oleh pihak pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) bahawa kerajaan terpaksa menampung perbelanjaan yang besar terhadap pengurusan Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.

“Sepatutnya kerajaan boleh menilai hari ini, bagaimana projek tersebut tidak dibina diatas asas keutamaan rakyat dan inilah yang kita bimbang dan takut sehingga terpaksa menggunakan kewangan negeri pula 300 ribu lebih,

“Sedangkan jumlah wang yang besar itu boleh digunakan untuk membaiki jalan, longkang dan parit yang rosak tapi terpaksa menampung projek yang sebegini yang kita tidak nafikan ada kepentingan tapi apakah keutamaan yang sepatutnya kerajaan mesti nilai,” katanya.

Oleh itu kata beliau, hakikatnya tidak ada penilaian lain melainkan dalam mengurus pembangunan yang betul berasaskan keutamaan dan kepentingan rakyat, maka rakyat perlu membuat perubahan didalam pilihan raya yang akan datang.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan