Masih Ramai Miskin Tegar, Tiada Bekalan Air Bersih

2277

HULU TERENGGANU – Kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak disangkal oleh Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemsyarakatan PAS negeri Terengganu yang menegaskan masih ada ramai rakyat yang miskin.

Bahkan Dr. Azman Ibrahim berkata, masih ada rakyat Terengganu yang tiada bekalan air bersih dalam suasana negeri mahu menjadi tuan rumah ‘Hari Tandas Sedunia’.

“Walaupun PM menyebut semasa pembentangan Bajet 2016 bahawa angka miskin tegar ialah 0%, saya tak tahu nak kategorikan Pak Da Sudin dalam kategori mana.

ziarah kebajikan hulu terengganu2“Miskin tegar telah disahkan oleh PM telah lenyap dari muka bumi Malaysia. Sekadar makluman, DUN Telemong diwakili oleh EXCO Kerajaan Negeri, Dato Rozi Mamat,”tegasnya.

Beliau bekata demikian selepas menziarahi warga emas, Shamsuddin Husin, 70, di kampung Kepah, Telemong dekat sini pada Khamis 29 Oktober.

Menurutnya Shamsuddin atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Da Sudin’ tinggal di rumah pusaka yang uzur peninggalan arwah ibunya.

“Tak ada bekalan air bersih kerana beliau sekeluarga tak mampu menyediakan wang berjumlah lebih kurang RM2,000 untuk mendapatkan bekalan air dari Syarikat Air Terenganu (SATU).

“Bekalan air diambil dari telaga yang akan kering dimusim kemarau. Telaga lama yang telah ditumbuhi semak samun di sekelilingnya. Airnya disedut keluar menggunakan pam yang agak uzur,”tembah beliau.

Turut sama dalam program Ziarah Kebajikan PAS Terengganu ke Hulu Terengganu itu ialah Ketua Pemuda PAS Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan Timbalan Yang Dipertua PAS Hulu TerengganuUstaz Ismail Osman.

ziarah kebajikan hulu terengganu1Selain itu, rombongan Lujnah Kebajikan Zakaria Yusof dari Kampung Bukit Ara, Ajil yang ditimpa musibah kehilangan rumah dan harta benda dalam kebakaran kira-kira seminggu lalu.

Beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana pihak MAIDAm telah berjanji untuk membina rumah baru bagi keluarga yang malang itu.
“Kebajikan PAS Terengganu mengunjungi beliau dengan sumbangan sekadar termampu. Tentunya masih banyak lagi yang diperlukan kerana dalam kebakaran ini,

“Syukur kepada Allah kerana MAIDAM telah berjanji untuk membina sebuah rumah baru untuk beliau sekeluarga.

“Tinggal kita membantu menyediakan kelengkapan-kelengkapan lain yang masih banyak perlu disediakan agar kehidupan beliau sekeluarga dapat berjalan dengan sempurna,”ujarnya selepas menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak beliau.