Masalah Sosial Melibatkan Wanita

8920
JOHOR BAHRU 30 November 2015. ( BH / METRO JB336D ) Loy Say Lein 57, terlepas hukuman gantung sampai mati selepas ditawarkan pertuduhan pindaan memiliki methamphetamine seberat 2.2 kilogram di Mahkmah Tinggi, Johor Bahru. NSTP/Zulkarnain Ahmad Tajuddin

1. Gejala Kemiskinan

Statistik menunjukkan bahawa wanita lebih mudah menjadi miskinberbanding lelaki dan berisiko mendapat masalah kelaparan dan kebuluran kerana diskriminasi sistematik yang mereka hadapi dalam pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan dan kawalan aset.

Implikasi kemiskinan sangat luas bagi wanita, ianya meninggalkan banyak tekanan. Hak-hak dasar seperti akses terhadap air minum bersih, sanitasi, rawatan perubatan dan pekerjaan yang layak juga sering ditidakkan kepada kaum wanita. Menjadi miskin juga boleh bererti mereka mempunyai sedikit perlindungan dari kekerasan dan tidak mempunyaiperanan dalam membuat keputusan

Beberapa contoh golongan wanita miskin ialah wanita kurang upaya, wanita ketua isi rumah, wanita yang suaminya dalam tahanan, wanita yang terabai, pekerja seks, mangsa keganasan rumah tangga, wanita pengidap HIV, dan wanita warga emas.

kemiskinan chukai (2)Apakah yang dimaksudkan Dengan Kemiskinan;

I. ‘Miskin Tegar’
Sesebuah isi rumah yang pendapatan bulanan isi rumah adalah di bawah RM580 sebulan dengan pendapatan perkapita di bawah RM140 ke bawah.

II. ‘Miskin’
Sesebuah isi rumah yang pendapatan bulanan isi rumah adalah di bawah RM940 sebulan dengan pendapatan perkapita di bawah RM240 ke bawah.

III. ‘Mudah Miskin’
Sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan melebihi PGK atau threshold di bawah RM1,500.00 bagi kawasan bandar.

IV. Golongan Berpendapatan 40% Terendah (Golongan B40)
Sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,860.00 sebulan.

V. PGK
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran PGK Tahun 2014 yang digunapakai mulai 1 September 2015 adalah seperti berikut :

Screenshot (156)

Insiden kemiskinan sama ada secara relatif atau mutlak adalah tinggi di kalangan wanita terutama bagi wanita yang menjadi ketua isi rumah. Bagi wanita yang bercerai hidup atau mati, mereka boleh menjadi miskin serta merta sekiranya terpaksa menanggung anak tanpa sebarang nafkah atau harta yang ditinggalkan. Justeru, kemiskinan di kalangan ibu tunggal antara aspek yang menjadi perhatian pihak kerajaan dalam penggubalan strategi pembasmian kemiskinan.

Kemiskinan di kalangan ibu tunggal perlu diberi perhatian memandangkan ianya boleh memberi implikasi sosial jika tidak ditangani secara berkesan. Kajian mengenai kemiskinan bandar menunjukkan Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Alor Star merupakan bandar yang mempunyai jumlah ibu tunggal miskin yang ramai.

Ianya berlaku disebabkan ibu tunggal yang dikaji mempunyai bilangan tanggungan yang ramai, terlibat dalam sektor tidak formal yang menjana pendapatan yang kecil, tidak bekerja, tidak melakukan kerjakerjasampingan, tingkat pendidikan dan kemahiran yang rendah dan faktro umur yang tua .

anak luar nikah2. Gejala Negatif

I. Moral Remaja
Kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan remaja di negara ini semakin menggerunkan apabila statistik menunjukkan jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana meningkat sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7,816 kes dicatatkan pada 2013 berbanding hanya 3,700 kes pada 2012 iaitu membabitkan peningkatan sebanyak 4,116 kes

Malah, angka kegiatan jenayah berat golongan remaja yang tamat persekolahan pula mencatatkan peningkatan ketara sehingga 137 peratus kepada 2,011 kes berbanding hanya 849 kes dicatatkan pada 2012.

Kategori jenayah berat ini turut dikaitkan dengan remaja bawah umur berusia antara 12 hingga 17 tahun. Angka direkodkan turut meningkat kira-kira 47 peratus di seluruh negara dan ada daripada mereka terlibat dengan kes bunuh dan juga rogol.

(i) Aktiviti Seksual – Kadar aktiviti seksual dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di negara ini sepanjang dua dekad lalu meningkat daripada 0.9 pada 1994 kepada 8.3 peratus pada 2012. Statistik itu diperoleh daripada kaji selidik Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan kelakuan sumbang dilakukan remaja sebelum nikah bermula 1994 hingga 2012.

Sementara itu, data direkod daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat keempat daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun.

(ii) Lari Rumah – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan statistik pada 2010 yang menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat sebanyak 4,097 remaja terbabit dengan kegiatan ini seawal usia 13 hingga 17 tahun. Difahamkan, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kebanyakan kes ini membabitkan remaja.

Selain itu, remaja berumur 14 hingga 17 tahun adalah golongan yang paling banyak dilaporkan hilang di negara ini. Remaja perempuan kaum Melayu pula mencatatkan statistik tertinggi hilang berbanding kaum lain, tetapi kelompok itu juga tersenarai dalam kadar tertinggi mangsa yang mudah dijumpai semula.

Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan, Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, secara kiraan rawak, dua daripada tiga laporan kes orang hilang membabitkan wanita.

tak sah taraf2(iii) Anak Luar Nikah – Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan 81,000 anak luar nikah didaftarkan sehingga 2011. Manakala kajian penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) pula mendapati 300 remaja Melayu berusia 13 hingga 25 tahun terbabit dengan salah laku seksual dan seks bebas.

Dinyatakan, 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu langsung tidak menyesal, malu atau takut malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Statistik Polis Diraja Malaysia pula mencatatkan kes pembuangan bayi yang dilaporkan antara 2000 sehingga 2006 ialah 580 orang, majoriti sebanyak 92 peratus adalah bayi baru dilahirkan, manakala lapan peratus adalah janin. Di Lembah Klang saja hasil laporan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007 mendedahkan seorang bayi dibuang setiap 10 hari.

(iv) Gejala seks dalam kalangan pelajar di era modenisasi ini amat membimbangkan dan semakin berleluasa. Menurut satu laporan yang dibuat mengenai fenomena remaja Malaysia dan seks telah didedahkan oleh Healthcare Malaysia Sdn Bhd yang dibuat oleh Durex pada tahun 2002 ke atas 2500 responden lelaki dan wanita yang berumur lingkungan 18–30 tahun tanpa mengira bangsa.

Dapatan kajian mendapati bahawa, remaja yang berumur lingkungan 18 hingga 24 tahun paling kerap melakukan hubungan seks dan melahirkan anak luar nikah. Purata mereka melakukan hubungan seks sebanyak 121 kali setahun atau tiga kali seminggu dan percintaan merupakan faktor utama responden melakukan seks bebas (Mohammad, 2003).

II. Anak Tak Sah Taraf/ Anak Luar Nikah

Secara purata kira-kira 140 bayi luar nikah dilahirkan setiap hari oleh ibu yang beragama Islam pada tahun lalu. Statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan sejumlah 159,725 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam sejak 2013. (Berita Harian)

Semua kelahiran itu hanya membabitkan wanita Islam, kerana tiada status sedemikian untuk bukan Islam. Statistik itu merekodkan 2014 sebagai tahun paling ramai anak luar nikah dalam tempoh berkenaan, iaitu 54,614 orang, 672 kelahiran lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Bilangan anak tidak sah taraf direkodkan JPN pada tahun 2013 adalah 53,492 orang, berdasarkan kepada jumlah pendaftaran yang dibuat di jabatan berkenaan.

Bagaimanapun, pendaftaran anak tidak sah taraf yang direkodkan tahun lalu menunjukkan penurunan sebanyak 3,445 kelahiran, berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun lalu, JPN merekodkan 51,169 pendaftaran membabitkan anak tidak sah taraf, menjadikan ia jumlah terendah bagi tempoh tiga tahun itu.

KUALA LUMPUR 28 JUNE 2016. (SILA KABURKAN MUKA) Sesi kaunseling disampaikan oleh Inspektor Penjara, Wahida Mohd Yusoff di Penjara Wanita, Kajang. NSTP/ROHANIS SHUKRI.

III. Jenayah Di Kalangan Wanita

A. Wanita Melakukan Jenayah
Pada 31 Januari tahun 2002 keseluruhannya terdapat 1,346 banduan dan tahanan reman wanita di seluruh negara atas pelbagai jenis kesalahan. Daripada jumlah itu 905 banduan adalah wanita warga asing dan 441 lagi warga tempatan.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sejak tiga tahun lalu, di mana pada 1999 hanya terdapat 1,242 banduan wanita dan meningkat kepada 1,335 banduan wanita sepanjang tahun 2000 dan 1,398 orang pada 2001.

Pengarah Penjara Wanita Kajang Zainah Pardi berkata pada 28 Mei, 2009 terdapat seramai 1,779 banduan wanita yang berada dalam penjara tersebut.

Pengarah Penjara Wanita Kajang, Penolong Kanan Komisioner Jamilah Abu Hassan berkata pada 27 Jun 2015, terdapat 1,153 banduan wanita ditempatkan di sel penjara tersebut.

B. Wanita Mangsa Jenayah
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Rusli Ahmad, Indeks jenayah melibatkan kaum wanita di negara ini dilaporkan menunjukkan penurunan dengan 28,252 kes direkodkan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September tahun ini berbanding 37,791 kes pada tahun lalu.

Daripada 28,252 kes yang dilaporkan tahun ini, kes tertinggi melibatkan wanita yang menjadi mangsa samun berkumpulan dengan menggunakan senjata iaitu 5,532 kes selain jenayah kekerasan dicederakan 1,748 kes dan jenayah rogol 1,444 kes.

IV. Wanita Dan Dadah

A . Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2009, 15,736 orang penagih telah dikesan di mana sejumlah 15,458 orang daripadanya adalah terdiri daripada penagih lelaki manakala selebihnya berjumlah 278 orang adalah penagih wanita.

Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Abdul Rahman Hamid berkata, pada tahun 2013, hanya 0.1 peratus daripada kira-kira 20,887 penagih dadah terdiri daripada kaum wanita, namun, angka itu terus meningkat sehingga 2015.

Penagih wanita lebih cenderung memilih dadah baharu jenis sintetik kerana ia lebih mudah didapati. Mereka mudah terpengaruh apabila ada yang mengatakan pil ekstasi mampu menjadikan seseorang itu kurus.

wanita dadahB. Keldai Dadah – Lebih 365 Wanita Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara.
Lebih 365 wanita rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana terbabit menjadi “keldai dadah” sejak hampir 20 tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Luar Senator A Kohilan Pillay berkata, jumlah itu adalah lebih separuh daripada 729 rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan dadah di luar negara.

“Sejak 1991 hingga Mac 2010, sebanyak 1,560 kes dilaporkan membabitkan rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk 729 kes kesalahan dadah,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar.

Kohilan berkata, sebuah Tabung Amanah Rakyat Malaysia diwujudkan bagi memberi bantuan guaman dan kewangan melalui perwakilan-perwakilan Malaysia serta membawa pulang rakyat Malaysia yang dibebaskan daripada tahanan.

Bagi menangani gejala “keldai dadah”, beliau menggesa agensi-agensi berkaitan seperti Kastam, Imigresen dan Polis supaya mengetatkan lagi kawalan keselamatan di semua pintu keluar masuk lapangan terbang antarabangsa di negara ini.

“Di pihak kementerian, Wisma Putra baru-baru ini menerusi siaran langsung RTM (Radio Televisyen Malaysia) dalam segmen dialog keldai dadah telah menasihati terutamanya ibu bapa dan wanita supaya tidak terjebak atau teraniaya dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan,” katanya.

Rujukan

Mohamad Shatar Sabran. (2003). Pengenalan Kepada Masalah Sosial. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia)

Program Pembasmian Kemiskinan Dalam Kalangan Ibu Tunggal:Analisis Penyertaan Dan Keberkesanan, Nor Aini Haji Idris, http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_1D7.pdf

Berita Harian, Selasa, 13 September 2016 @ 12:21 pm

Portal rasmi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan http://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/285

Statistik Remaja Kita – Harian Metro disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 8:39 AM http://www.hmetro.com.my/node/36116

Jenayah – Di kalangan wanita, Utusan Malaysia , arkib : 11/03/2002, http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm

Kes jenayah melibatkan wanita menurun, Kosmo 26/10/2016 6:46pm, http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Jumlah wanita terlibat dalam penyalahgunaan dadah meningkat, Utusan Malaysia, 17 Februari 2016 6:17 PM https://www.utusan.com.my/berita/nasional/jumlah-wanita-terlibat-dalam-penyalahgunaan-dadah-meningkat-aadk-1.191580#sthash.sYLIjT8T.dpuf

Lebih 365 Wanita Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pemerdagangan-orang/9984-lebih-365-wanita-rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara.html