KUALA NERUS – Ramai perantau yang pulang dan berhari raya di kampung halaman pasti merasa bimbang dan risau tentang keselamatan rumah yang mereka tinggalkan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd. Karim, ia adalah kerana undang-undang yang dilaksanakan di negara ini tidak mampu mengekang jenayah
“bimbang tentang apa yang akan terjadi pada rumah yang ditinggalkan, gusar taman perumahan yang sunyi akan menyebabkan penjenayah bermaharaja lela,


Tetapi kata beliau, undang-undang Islam yang dinyatakan dalam al-Quran dapat ‘mencampakkan rasa gerun’ ke dalam hati para penjenayah.
Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus itu berkata demikian diatas mimbar Jumaat di masjid Jamek Tok Jiring di sini semalam, pada 8 Julai.
“Islam menawarkan pakej keamanan melalui al-Qur’an (sedangkan) pemerintah tidak mampu mencampakkam rasa gerun kepada,
“para penjenayah akan berfikir semasak-masaknya sebelum melakukan jenayah kerana mereka akan berdepan dengan undang-undang jenayah Islam (kerana) tangan mereka akan dipotong kerana memecah rumah dan mengambil harta orang,”jelasnya.
Justeru itu, beliau menyeru, seluruh sidang hadirin, agar kembali kepada Islam dan menyokong usaha menaik taraf mahkamah syariah bagi membolehkan perlaksanaan hukum yang dapat membendung jenayah.
“memartabatkan mahkamah syariah adalah satu peluang kepada semua umat Islam di negara ini, untuk melihat seluruh perundangan Islam agar terus dikembangkan,”tambahnya



























