Markaz Tarbiyah DUN Wakaf Mempelam ‘Mercu Tanda’ Baru PAS

3999

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam sudah bersedia melangkah setapak lagi dalam memartabatkan parti itu dengan merangka pembinaan sebuah bangunan ‘Mercu Tanda’.

DSC_0084ADUNnya Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, Markaz Tarbiyyah PAS itu akan berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan pejabat operasi pelaksanaan gerak kerja.

“PAS Wakaf Mempelam sudah lama berada dalam era kemenangan, saya sendiri sudah melebihi 25 tahun bersama sebagai ADUN.

“Kini sudah tiba masanya Wakaf Mempelam mempunyai Markaz Tarbiyyah yang akan berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan pelaksanaan gerak kerja yang lebih strategik.

“Semua perlu kepada penggembelengan tenaga kerja yang hebat, dipimpin oleh Pengarah yang hebat untuk merealisasikan hasrat memiliki pusat itu,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Idulfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu IMG_20160729_000527pada Khamis 28 Julai.
Katanya, Markaz yang bakal dibangunkan bernilai hampir RM900,000 itu akan mengandungi sebuah pejabat pentadbiran, dewan besar serta prasarana yang sepatutnya, bagi sebuah pusat tarbiyyah.

Beliau berharap, pembinaan bangunan tersebut dapat membantu PAS Terengganu melaksanakan kerja dengan lebih teratur dan tersusun, bagi mengukuhkan lagi kekuatan parti itu.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, sehingga hari ini, kekuatan PAS semakin meningkat walaupun dilempar dengan pelbagai tohmahan.

DSC_0121Justeru dengan pembangunan markaz itu nanti, akan menutup ‘mulut celupar’ musuh-musuh PAS itu.

“sewajarnya dan sudah tiba masanya DUN Wakaf Mempelam mempunyai bangunan pentadbirannya sendiri, akan menutup tuduhan PAS tidak melakukan apa-apa kepada penduduk,

“ia akan memudahkan rakyat bertemu dan berurusan dengan wakil rakyat dan para petugas PAS,”katanya.