Terengganu, Malaysia

Markas PAS Balai Besar Musnah Dalam Kebakaran

Markas PAS Balai Besar Musnah Dalam Kebakaran

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Markas PAS Cawangan Balai Besar telah musnah di dalam kebakaran yang hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun melahirkan rasa simpatinya dan berharap ahli-ahli PAS cawangan tersebut bersabar dengan musibah yang merupakan ketentuan Allah itu.

“Saya juga amat menghargai sumbangan ahli-ahli bomba dan penyelamat yang telah berusaha melakukan yang terbaik untuk mengelakkan daripada terus merebak,” katanya yang tiba semasa kerja – kerja memadamkan api dilakukan.

Markas PAS Balai Besar Musnah Dalam KebakaranTambahnya lagi markas yang beroperasi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lagi itu pernah dijadikan Markas Besar Pilihan Raya Umum Ke-14 DUN Rantau Abang.

Sehubungan itu, Naib Ketua PAS Cawangan itu, Haji Nasir Abdul Hamid berkata, beliau mengetahui kebakaran tersebut dalam jam 3.15 petang daripada penduduk yang tinggal berdekatan dengan markas tersebut.

“Masa saya tiba, memang tidak dapat berbuat apa-apa, api sedang marak,” ceritanya yang juga merupakan tuan tanah tapak markas berkenaan.

Markas PAS Balai Besar Musnah Dalam Kebakaran
Haji Nasir Abdul Hamid

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui di tempat kejadian di Kampung Balai Besar pada 24 Mac di sini.

Menurutnya api bermula daripada bahagian belakang markas dan sebab kebakaran masih di siasat.

“Semua barang-barang yang ada dalam markas gagal diselamatkan seperti generator, peralatan penerangan, kanopi dan banyak lagi, yang kerugiannya dianggarkan sebanyak RM20,000,”tambahnya lagi.

Katanya usaha-usaha memadamkan api juga dilakukan oleh orang ramai sebelum ketibaan bomba untuk mengelakkan daripada merebak ke rumah berdekatan.
Markas PAS Balai Besar Musnah Dalam Kebakaran

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan